Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak" - Naim Daniel kongsi petua tidak tinggal solat

Anggaran Waktu Membaca:
“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak" - Naim Daniel kongsi petua tidak tinggal solat

(Gambar: @naimdanielx/Instagram)

KUALA LUMPUR: Mendirikan solat adalah rukun Islam kedua yang wajib untuk umat Islam kerjakan. Ia juga diibaratkan sebagai tiang agama.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Naim Daniel akui masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan ibadah solat, menurut portal Keluarga. 

Naim yang baru pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini berkongsi di laman Twitter cara yang diamalkan supaya tidak malas menjalankan kewajipannya menunaikan solat. 

“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan untuk buat kita tak tinggal solat.

“Kau kena wujudkan kesegeraan untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” tulisnya di laman tersebut, seperti dipetik Keluarga. 

Tambah Naim, penting untuk seseorang itu memahami hubungannya dengan Tuhan.

“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yang rasa. Manis rupanya,” tulisnya lagi.

Naim memberitahu perkongsian itu dibuat khas untuk mukmin yang belum sempurna solat hariannya sama seperti dirinya juga.

Perkongsian Naim itu mendapat respond baik dari pengikutnya yang turut berkongsi petua untuk kekal istiqamah dalam mengerjakan ibadah itu.

"Mcm saya dulu liat juga la nak solat, apatah lagi nak cukupkan lima waktu tu. Tapi saya didik diri saya wajib bangun solat subuh, jadi solat-solat yang lain tu nanti saya akan rasa sayang nak tinggal. Kadang benda kena mula dari rasa 'terpaksa' dan lama-kelamaan akan jadi terbiasa," menurut seorang warga siber. 

"Kalau saya pula, sekadar perkongsian. Awalnya sebab rasa hilang, rasa patah hati dan rasa tak tahu nak cakap dengan siapa pasal sakit saya ni. Jadi apa yang membantu saya untuk solat adalah 'Aku kena bagitahu Allah apa aku rasa hari ini'. Lama-lama bila tiba-tiba tak rasa sunyi lagi," kata seorang lagi pengikut Naim. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan