Skip to main content

Gaya Hidup

Universiti di UK tawar kursus ijazah bidang Magik dan Sains Ghaib

Anggaran Waktu Membaca:
Universiti di UK tawar kursus ijazah bidang Magik dan Sains Ghaib

(Gambar hiasan: MD Duran/Unsplash)

ENGLAND: Ijazah dalam bidang magik yang akan ditawarkan mulai 2024 akan menjadi yang pertama seumpamanya di United Kingdom, menurut University of Exeter.

Ijazah Sarjana Seni dalam bidang Magik dan Sains Ghaib dicipta susuli "minat yang meningkat dalam magik baru-baru ini", kata ketua kursus itu.

Ia akan menawarkan peluang untuk mempelajari sejarah dan kesan ilmu sihir dan magik di merata dunia, ke atas masyarakat dan sains, menurut laporan BBC.

Para ahli akademik yang pakar dalam sejarah, sastera, falsafah, arkeologi, sosiologi, psikologi, drama dan agama akan menunjukkan peranan magik di negara-negara Barat dan Timur.

Menurut universiti itu, ia akan menjadi satu-satunya ijazah seumpamanya di UK yang menyatukan pembelajaran mengenai sejarah magik dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.

Menurut laporan BBC, kursus itu akan di tawarkan di Institut Pengajian Arab dan islam.

Antara kerjaya berkaitan bagi pelajar dalam kursus itu termasuk dalam bidang pengajaran, kaunseling, bimbingan, kerja warisan dan muzium, kerja di perpustakaan, pelancongan, organisasi seni atau industri penerbitan.

Modul pelajaran yang ditawarkan pula termasuk kesusasteraan dan seni barat mengenai naga, legenda King Arthur, paleography serta idea Islam, menurut laporan BBC.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita