Skip to main content

Gaya Hidup

Uncle Roger bakal buka cawangan restoran nasi goreng di JB

Walaupun sebelum ini beliau berdepan keluhan pelanggan berhubung mutu hidangan dan harga makanan yang dijual di restorannya, ia tidak sekali pun melunturkan semangat personaliti dari Malaysia, Uncle Roger untuk mengembangkan perniagaan restoran nasi gorengnya.

Anggaran Waktu Membaca:
 Uncle Roger bakal buka cawangan restoran nasi goreng di JB

(Gambar: Fuiyoh! It’s Uncle Roger)

Diterbitkan : 10 Feb 2025 10:38PM Dikemas Kini : 10 Feb 2025 11:01PM
MALAYSIA: Walaupun sebelum ini beliau berdepan keluhan pelanggan berhubung mutu hidangan dan harga makanan yang dijual di restorannya, ia tidak sekali pun melunturkan semangat personaliti dari Malaysia, Uncle Roger untuk mengembangkan perniagaan restoran nasi gorengnya.

Uncle Roger, seorang pelawak dari Malaysia yang nama sebenarnya adalah Nigel Ng, membuat para peminatnya teruja apabila beliau mengumumkan dalam video YouTube pada Julai lalu bahawa beliau akan membuka restorannya sendiri, seperti dinukil laporan 8Days.

Restoran 'Fuiyoh! It's Uncle Roger' itu dinamakan sempena frasa yang sering diungkapnya.

Restorannya itu menjual nasi goreng, iaitu hidangan yang membuat Uncle Roger terkenal selepas beliau memuat naik video yang memaparkan reaksinya kepada resipi nasi goreng telur oleh saluran BBC Food, menukil rencana 8Days.

CAWANGAN KELIMA DI JB

Belum mencecah tempoh setahun, tetapi Uncle Roger sudah pun membuka empat cawangan restoran di Kuala Lumpur, termasuk satu cawangan beroperasi 24 jam di KLIA2.

Beliau kini berura-ura membuka cawangan kelima di Johor Bahru.

Menurut portal berita makanan Malaysia Johor Food, restoran itu akan dibuka di lantai besmen pusat beli-belah Mid Valley Southkey, bersebelahan kedai makan Oriental Kopi, menurut rencana 8Days.

Tiada tarikh pembukaan diumumkan, walaupun laman Instagram restoran itu telah mengkhabarkan berita itu pada Jumaat lalu (7 Feb).

Memandangkan restoran itu dijangka dibuka bersebelahan dengan satu lagi kedai makan popular iaitu Oriental Kopi, orang ramai pasti sanggup beratur panjang demi mencuba nasi goreng 'Uncle Roger'!
Sumber : 8 Days/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita