Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Uji pandu secara maya di pameran baru Porsche di Jewel

Jika anda ada rancangan untuk ke Jewel Lapangan Terbang Changi hujung minggu ini, anda mungkin ingin menjenguk sebuah pameran yang sedang diadakan pembuat kereta Jerman, Porsche.

Anggaran Waktu Membaca:
Uji pandu secara maya di pameran baru Porsche di Jewel

Pameran kereta Porsche di Jewel pada Dis 2020 hingga 16 Jan (Gambar: Porsche)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 11:18AM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 11:23AM

SINGAPURA: Jika anda ada rancangan untuk ke Jewel Lapangan Terbang Changi hujung minggu ini, anda mungkin ingin menjenguk sebuah pameran yang sedang diadakan pembuat kereta Jerman, Porsche.

Diberi nama #DrivingTomorrow, pameran itu yang berlangsung hingga 16 Jan mempelawa pengunjung untuk menyusuri perjalanan pengeluar kereta sport itu ke arah pembuatan kenderaan elektrik yang bermula pada 1898.

Ia juga menandakan kali pertama Porsche Asia Pasifik menampilkan Porsche 356, kereta sport pertama yang membawa lencana Porsche, di samping Porsche Taycan, kereta elektrik pertama syarikat itu.

Selain pameran kereta, para pengunjung juga akan dapat menguji pandu Taycan menerusi Realiti Mayar (VR) di paparan skrin.

Selain pameran kereta, pengunjung akan dapat "mengenali visi Porsche, dan komitmennya terhadap masa depan yang mampan dan menarik dengan lebih terperinci", kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan media.

Pameran tersebut memaparkan petikan dari Porsche Unseen, sebuah buku mengandungi kajian konsep yang dirahsiakan sebelum ini dan didedahkan kepada umum hanya sebulan lalu. Dengan memaparkan 15 kereta berbeza, Porsche Unseen menawarkan sudut pandangan eksklusif mengenai proses reka bentuknya - dari lukisan pertama hingga model yang siap untuk pengeluaran siri.

Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Porsche Impact, inisiatif pembuat kenderaan itu yang membolehkan pelanggan mengimbangi jejak karbon mereka dan membiayai projek yang komited terhadap masa depan yang lebih mampan.

Pameran 'pop-up' #DrivingTomorrow terletak di tingkat dua Jewel, Lapangan Terbang Changi. Jika anda membawa kanak-kanak, maskot Porche, iaitu Tom Targa dan Tina Turbo, juga ada untuk menghiburkan si cilik.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan