Skip to main content

Gaya Hidup

Uji bakat MasterChef Singapore Musim 3 kini dibuka

Uji bakat kini dibuka bagi semua tukang masak di rumah yang menyimpan aspirasi untuk bergelar Masterchef Singapore seterusnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Uji bakat MasterChef Singapore Musim 3 kini dibuka

Pengadil MasterChef Singapore Bjorn Shen (kiri) dan Audra Morrice (kanan). (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 06:55PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 06:57PM

SINGAPURA: Uji bakat kini dibuka bagi semua tukang masak di rumah yang menyimpan aspirasi untuk bergelar Masterchef Singapore seterusnya.

Pertandingan dibuka kepada rakyat atau penduduk tetap Singapura yang belum pernah atau buat masa ini tidak bekerja sebagai seorang cef profesional.

Bagi pusingan uji bakat, anda hanya perlu memasak hidangan kegemaran anda dan mengambil gambarnya. Selain itu, anda juga perlu merakamkan video memperkenalkan diri anda selama 30 saat dan mengisi borang online di pautan ini: https://www.mediacorp.sg/en/masterchefsg. Tarikh tutupnya ialah 13 Oktober 2021.

Sewaktu sidang media, Mediacorp tidak mendedahkan sama ada para pengadil dari Musim 1 dan 2 - Bjorn Shen, cef dan pemilik Artichoke; Damian D'Silva, cef eksekutif Folklore dan Audra Morrice, finalis MasterChef Australia siri 4 - akan kembali untuk menjadi juri.

MasterChef Singapore Musim 2 - antara siri televisyen Inggeris tempatan yang menduduki carta tertinggi di Saluran 5 pada 2021 sejauh ini - berakhir pada April lalu dengan penuntut bidang kejuruteraan, Derek Cheong, 25 tahun, menumpaskan tutor privet, Leon Lim, 32 tahun, ketika berentap di pusingan akhir.

Selain memenangi piala MasterChef Singapore, Derek juga membawa pulang wang tunai S$15,000, satu kontrak penerbitan buku dengan Marshall Cavendish dan produk Nespresso bernilai S$3,000. Beliau juga menerima perkakas dapur daripada Luzerna Chinaware, KitchenAid, Global Knives dan Thermomix, wang tunai S$7,000 daripada Bank DBS, latihan amali bersama Cef Damian dan Cef Bjorn serta penginapan di Fullerton Hotel dengan pakej spa.

Musim 3 dengan 10 episod akan mula ditayangkan pada suku kedua 2022 di meWATCH dan Saluran 5.

Sementara itu, anda boleh menonton Musim 2 di meWATCH atau Saluran 5 pada setiap Ahad, pukul 12.00 tengah hari, mulai 29 Ogos.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita