Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Twitter lancar peraduan kesan berat sebelah dalam algoritma pemotongan gambar

Twitter Inc pada Jumaat (30 Jul) mengumumkan peraduan bagi penyelidik dan penggodam komputer untuk mengenal pasti kecenderungan berat sebelah dalam algoritma pemotongan gambarnya, setelah satu kajian sebelum ini mendapati algoritma tersebut cenderung mengecualikan lelaki dan individu kulit hitam.

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter lancar peraduan kesan berat sebelah dalam algoritma pemotongan gambar

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 12:35PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 12:42PM

REUTERS: Twitter Inc mengumumkan pada Jumaat (30 Jul) bahawa ia akan melancarkan satu peraduan bagi penyelidik dan penggodam komputer untuk mengenal pasti kecenderungan berat sebelah dalam algoritma pemotongan gambarnya. Ini setelah satu kumpulan pengkaji sebelum ini mendapati algoritma tersebut cenderung mengecualikan lelaki dan individu kulit hitam.

Pertandingan itu adalah sebahagian daripada usaha meluas industri teknologi demi memastikan kecerdasan buatan (AI) bertindak secara beretika.

Dalam satu catatan blog, syarikat rangkaian sosial itu menyatakan peraduan lanjutan itu bermatlamat mengenal pasti "potensi bahaya algoritma ini menjangkaui apa yang kami sendiri dapat kenal pasti."

Menyusuli kritikan tahun lalu mengenai pratonton gambar dalam ciapan yang tidak memotong wajah orang kulit hitam, syarikat itu menyatakan pada Mei satu kajian oleh tiga penyelidik pembelajaran mesinnya mendapati perbezaan lapan peratus dari segi kesamaan demografi yang cenderung terhadap wanita, dan kecenderungan empat peratus terhadap individu kulit putih.

Twitter melancarkan secara awam kod komputer yang menentukan bagaimana gambar dipotong dalam Twitter dan menyatakan pada Jumaat para peserta diminta untuk mengenal pasti bagaimana algoritma dapat menyebabkan bahaya, seperti stereotaip atau menghina mana-mana kumpulan.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai antara AS$500 hingga AS$3,500 (S$677 hingga S$4,740) dan akan diundang untuk membentangkan dapatan mereka di bengkel yang dihoskan oleh Twitter di DEF CON pada Ogos, salah satu persidangan terbesar penggodam yang diadakan setiap tahun di Las Vegas.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan