Skip to main content

Gaya Hidup

TWG Tea buka muzium teh pertama di Changi; pamer lebih 170 barangan teh antik

Anggaran Waktu Membaca:
TWG Tea buka muzium teh pertama di Changi; pamer lebih 170 barangan teh antik

Butik utama terbaharu TWG Tea menempatkan muzium teh pertama dan satu-satunya milik jenama itu di dunia. (Gambar: CNA/Joyee Koo)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 07:37PM
TWG Tea opens its first tea museum in Changi; showcases over 170 antique tea items
  • TWG Tea opened TWG Tea Gallery, its largest flagship store in the world, on Oct 2 at Terminal 3 of Changi Airport, Singapore.
  • The 2,700 sq ft space features more than 1,200 tea tins, a world tea map on the ceiling, and the brand's first museum.
  • The museum showcases Taha Bouqdib's collection built up over 15 years, including more than 170 antique tea items and over 50 Russian samovars.
  • Visitors can buy more than 1,000 varieties of tea, try opening specials, join guided tours, and get ice cream and sorbet 24 hours a day.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Jenama teh tempatan TWG Tea membuka kedai utamanya yang terbesar di dunia di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Dinamakan TWG Tea Gallery, ruang seluas 2,700 kaki persegi itu dibuka kepada orang ramai pada Jumaat (2 Okt) di Dewan Keberangkatan/Transit Lounge North Terminal 3.

Antara daya tarikan utamanya ialah dinding yang mempamerkan lebih 1,200 tin teh serta peta dunia berkaitan teh yang dilukis dengan tangan pada siling tinggi kedai itu.

Ruang tersebut turut menempatkan muzium pertama TWG Tea, yang mempamerkan koleksi barangan teh antik, barangan hiasan dan samovar Rusia dari abad ke-17 hingga abad ke-20.

Koleksi itu dikumpulkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif V3 Gourmet serta pengasas bersama TWG Tea, Taha Bouqdib, sepanjang 15 tahun lalu.

LEBIH 170 BARANGAN TEH ANTIK

Muzium tersebut mempamerkan lebih 170 barangan teh antik serta lebih 50 samovar Rusia yang menggambarkan budaya dan tradisi menikmati teh di pelbagai negara.

Antara koleksinya ialah teko Yixing yang diperbuat daripada tanah liat berliang tanpa saduran serta teko Jerman dengan reka bentuk Art Deco dari 1930-an.

Para pengunjung juga boleh mengikuti lawatan berpandu yang dikendalikan jurulatih teh TWG Tea.

LEBIH 1,000 JENIS TEH

Bahagian runcit pula menawarkan lebih 1,000 jenis teh dari ladang tertentu dan campuran eksklusif.

Antaranya ialah Grand Voyage Tea, yang dihasilkan khas sempena pembukaan kedai tersebut, serta Singapore Surprise Gift Set yang menggabungkan Singapore Breakfast Tea, Silver Moon Tea dan 1837 Black Tea.

Kedai itu turut memperkenalkan aiskrim dan sorbet untuk dibawa pulang, termasuk perisa yang diinspirasikan cita rasa tempatan seperti pandan gula melaka, teh kelapa dan durian belanda.

TWG Tea Gallery dibuka 24 jam setiap hari di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita