TWG Tea buka muzium teh pertama di Changi; pamer lebih 170 barangan teh antik
Anggaran Waktu Membaca:
Butik utama terbaharu TWG Tea menempatkan muzium teh pertama dan satu-satunya milik jenama itu di dunia. (Gambar: CNA/Joyee Koo)
- TWG Tea membuka TWG Tea Gallery, kedai utama terbesarnya di dunia, di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 2 Okt dan beroperasi 24 jam.
- Ruang 2,700 kaki persegi itu menampilkan lebih 1,200 tin teh, peta dunia teh, muzium pertama jenama itu serta lawatan berpandu.
- Koleksi Taha Bouqdib menghimpunkan lebih 170 barangan teh antik, termasuk teko Yixing, tea caddy dan lebih 50 samovar Rusia dari abad ke-17 hingga ke-20.
- Galeri itu turut menjual lebih 1,000 teh, set hadiah, aiskrim, sorbet, makaron dan coklat, sambil mempromosikan TWG Tea kepada pelancong global.
SINGAPURA: Jenama teh tempatan TWG Tea membuka kedai utamanya yang terbesar di dunia di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.
Dinamakan TWG Tea Gallery, ruang seluas 2,700 kaki persegi itu dibuka kepada orang ramai pada Jumaat (2 Okt) di Dewan Keberangkatan/Transit Lounge North Terminal 3.
Antara daya tarikan utamanya ialah dinding yang mempamerkan lebih 1,200 tin teh serta peta dunia berkaitan teh yang dilukis dengan tangan pada siling tinggi kedai itu.
Ruang tersebut turut menempatkan muzium pertama TWG Tea, yang mempamerkan koleksi barangan teh antik, barangan hiasan dan samovar Rusia – bekas logam tradisional yang digunakan untuk menyediakan air panas bagi membuat teh – dari abad ke-17 hingga abad ke-20.
Koleksi itu dikumpulkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif V3 Gourmet serta pengasas bersama TWG Tea, Taha Bouqdib, yang merupakan seorang pengumpul barangan antik.
Beliau mengumpul barangan tersebut dari seluruh dunia sepanjang 15 tahun lalu untuk TWG Tea.
Selain melawat muzium, para pengunjung juga boleh meninjau-ninjau pelbagai campuran teh, aksesori dan hadiah eksklusif untuk pelancong, selain menikmati manisan berasaskan teh termasuk aiskrim dan sorbet.
MENJENGUK MUZIUM TWG TEA
Muzium itu mempamerkan lebih 170 barangan teh antik yang menunjukkan bagaimana hasil seni pertukangan dan budaya berbeza membentuk tradisi minum teh selama berabad-abad.

Para pengunjung juga boleh mengikuti lawatan berpandu yang dikendalikan oleh jurulatih teh TWG Tea.
Antara koleksi yang dipamerkan ialah teko Yixing yang diperbuat daripada tanah liat berliang tanpa saduran. Bahan itu menyerap rasa teh dari semasa ke semasa, sekali gus menambah cita rasa setiap kali teko digunakan.
Turut dipamerkan ialah barangan teh berwarna putih dan biru kobalt yang terkenal, hasil pertukaran budaya antara pembuat tembikar Islam dengan China.
Menjelang abad ke-17, porselin China begitu bernilai di Eropah sehingga dikenali sebagai “emas putih”.
Para pengunjung juga boleh mengetahui lebih mendalam mengapa barangan teh pada masa lalu biasanya jauh lebih kecil.
Ini kerana daun teh ketika itu sangat mahal. Antaranya ialah teko kecil untuk seorang yang diperbuat daripada perak sterling atau saduran perak dan digunakan pada tahun 1800-an, sebelum uncang teh dicipta.
Teko lebih besar, termasuk yang diperbuat daripada porselin China, mula muncul apabila tabiat minum teh berkembang menjadi kegiatan yang dinikmati bersama keluarga.

Antara barangan lain ialah sebuah teko Jerman dengan reka bentuk Art Deco dari 1930-an. Badan seramiknya dilindungi sarung perak berlapik felt untuk memastikan teh sentiasa panas.
Reka bentuk itu turut menjadi inspirasi kepada Design Teapot TWG Tea masa kini.
Muzium tersebut juga mempunyai bekas penyimpanan teh atau tea caddy, yang digunakan di Britain pada abad ke-18 untuk menyimpan teh yang ketika itu sangat mahal.
Menariknya, perkataan “caddy” berasal daripada perkataan Melayu “kati”, iaitu unit sukatan berat yang pernah digunakan untuk menjual teh.
Menurut jurulatih TWG Tea, bekas tersebut juga digunakan untuk mencampurkan dua jenis teh.
Koleksi itu turut mempunyai lebih 50 samovar Rusia antik yang berasal dari abad ke-17 hingga abad ke-20.
Samovar bukan sahaja digunakan untuk menyediakan teh, malah menjadi barangan hiasan utama di rumah.
Sesetengah samovar dalam koleksi itu mempunyai cop yang menunjukkan anugerah yang pernah dimenangi pembuatnya serta negara-negara yang pernah dilaluinya – seakan-akan sebuah pasport.
TEH EKSKLUSIF DAN MANISAN
Bahagian runcit menawarkan lebih 1,000 jenis teh dari ladang tertentu dan campuran eksklusif.
Antaranya ialah Grand Voyage Tea (S$45.87), yang dihasilkan khas sempena pembukaan kedai tersebut.
Diilhamkan daripada kepelbagaian budaya di Singapura, teh itu mempunyai rasa dan aroma buah-buahan, kelopak ros merah jambu, bunga mallow serta rempah-ratus.
Ia boleh dibeli dalam bentuk teh yang sudah dibungkus atau dinikmati panas atau sejuk di kaunter minuman bawa pulang.
Turut ditawarkan ialah Singapore Surprise Gift Set (S$89.91) yang menggabungkan tiga campuran popular TWG Tea – Singapore Breakfast Tea, Silver Moon Tea dan 1837 Black Tea.

Kedai itu juga memperkenalkan konsep baharu aiskrim dan sorbet untuk dibawa pulang.
Antara perisa yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan ialah aiskrim pandan gula melaka dan teh kelapa, serta sorbet durian belanda dan Temi FTGFOP1.
Para pengunjung juga boleh menikmati makaron dan coklat berasaskan teh, termasuk makaron mangga dengan ganache coklat yang disuntik rasa Alfonso Tea serta praline pistachio dengan Creme Brulee Tea.
Encik Bouqdib menyifatkan galeri itu sebagai gambaran paling lengkap mengenai TWG Tea setakat ini.
Menurut beliau, ia bukan sekadar kedai teh tetapi sebuah ruang yang menggabungkan sejarah, masa kini dan masa depan teh dalam satu pengalaman.
Beliau berkata Singapura kekal penting kepada TWG Tea sejak penubuhannya dan Lapangan Terbang Changi menyediakan wadah untuk memperkenalkan TWG Tea kepada pelancong seantero dunia.
TWG Tea Gallery dibuka 24 jam setiap hari di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, Dewan Keberangkatan/Transit Lounge North, #02-58B.

Sumber : CNA/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.