Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Turunkan suhu badan anak dengan cara alternatif; guna 1 bahan dapur sahaja

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dalam musim Influenza ini, ramai kanak-kanak mengalami demam panas. Meskipun sudah diberikan ubat seperti Paracetamol, ia tidak begitu berkesan untuk menyembuhkan demam mereka.

Melalui perkongsian oleh Noraliza Alwi dalam rencana Pa&Ma, beliau mengatakan bahawa petua ini diamalkan setiap kali anaknya jatuh sakit sejak kecil hingga sudah meningkat dewasa.

Semua lapisan masyarakat tidak kira usia boleh mengamalkan cara alternatif dengan menggunakan sebiji lemon.

Caranya, hiris nipis dua keping lemon dan letakkan hirisan lemon itu ke dalam stokin anak, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Pa&Ma.

Di negara barat ia dinamakan 'wet-socks treatment'. Satu kaedah untuk menurunkan suhu badan seseorang.

'Wet socks treatment' asalnya mengguna air biasa sahaja. Tapi, kami tambah zat lemon sedikit.

Dalam lemon terkandung bioflavonoids dan quercetin dan ia bertindak seperti antihistamine dan antiviral atau fungsi macam antibiotik. Cara ini boleh bantu mengurangkan suhu badan anda.

Satu faedah lagi adalah, lemon mengalakkan peluh untuk keluar daripada badan seseorang. Selepas anda menyarung stokin dengan lemon pada kaki anak, cuba tidurkan anak.

Kalau suhu badan anak masih panas, letakkan tuala yang dibasahkan dengan air lemon ke dahi anak, lapor Astro AWANI.

Lazimnya dalam masa sepuluh hingga 15 minit, suhu badan akan menurun.

"Alhamdulillah setakat ini cara ini menjadi. Tidak perlu beratur di klinik. Tidak perlu ubat berpanjangan. Saya selalu buat, Alhamdulillah memang mujarab cara ini. Insyaallah," kata Cik Noraliza.

Sentiasa ada lemon di rumah. Kita tidak tahu kecemasan boleh berlaku bila-bila masa.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan