Tubuh cepat rasa panas & peluh berlebihan? Ini antara sebabnya...
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Pernahkah anda berada dalam situasi di mana bila orang lain rasa selesa, anda pula tiba-tiba rasa panas dan rimas? Rasa seperti tidak sabar nak buka aircon atau kuatkan kelajuan kipas. Situasi ini mungkin pernah berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira di rumah, pejabat, kafe dan sebagainya. Tubuh cepat berpeluh dan rasa gelisah, sedangkan orang lain di sekeliling kelihatan tenang, selesa dan rasa ok sahaja.
Keadaan ini menimbulkan tanda tanya mengapa ada individu yang lebih cepat berpeluh dan berasa panas berbanding orang lain. Hakikatnya, setiap tubuh manusia mempunyai cara tersendiri dalam mengawal suhu badan. Menurut kajian, perbezaan ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti gaya hidup, emosi, perubahan hormon serta tahap kesihatan seseorang.
Selain itu, tabiat pemakanan seperti kerap menikmati minuman berkafein juga dikaitkan dengan metabolisme yang lebih aktif. Bagi ramai, menikmati secawan kopi pada waktu pagi merupakan satu kemestian, malah ada yang akan mengambil lebih dari secawan sehari untuk meningkatkan tenaga dan tampil lebih fokus.
Namun, kajian menunjukkan bahawa kafein ialah bahan perangsang yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung serta mempercepatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme menjadi lebih aktif, tubuh akan menghasilkan lebih banyak haba, sekali gus menyebabkan seseorang lebih mudah berasa panas dan berpeluh, terutamanya jika pengambilan kafein tidak dapat dikawal.

Selain kopi, sajian pedas berasaskan cili seperti sambal dan masakan berempah sememangnya menjadi pembuka selera dan kegemaran ramai. Tapi, kandungan capsaicin dalam cili juga boleh menjadi punca deria dalam badan bertindak balas terhadap haba.
Inilah antara sebab yang boleh membuat kita rasa mudah berpeluh, pedih atau membahang selepas menikmati sajian pedas. Walaupun kesan rasa pedas adalah sementara, pengambilan secara kerap boleh menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap suhu persekitaran.
EMOSI & PERUBAHAN HORMON
Selain pemakanan, cuaca dan rasa panas juga ada kaitan dengan emosi. Apabila seseorang berdepan dengan tekanan, kebimbangan atau kegelisahan, tubuh akan mengaktifkan tindak balas semula jadi. Dalam keadaan ini, denyutan jantung akan meningkat, aliran darah juga akan menjadi lebih pantas dan badan mula mengeluarkan peluh sebagai usaha menyejukkan diri.
Contohnya, semasa menjalani tugas seharian di tempat kerja, ia juga boleh mencetuskan rasa panas. Keadaan ini sering berlaku ketika anda menghadapi situasi mencabar atau tekanan semasa perlu membuat pembentangan kerja, temu duga atau bercakap di hadapan orang ramai.

Dalam situasi ini, individu juga mungkin mengalami muka kemerahan, tangan berpeluh dan jantung berdegup laju. Jika keadaan tekanan ini dialami secara berterusan, tidak mustahil tubuh menjadi lebih mudah berasa panas berbanding biasa.
Bagi wanita pula, perubahan hormon memberi kesan yang ketara terhadap suhu badan. Semasa hamil, jumlah darah meningkat dan metabolisme menjadi lebih aktif bagi menyokong perkembangan janin. Akibatnya, ramai wanita hamil sering berasa panas walaupun berada dalam persekitaran yang sama dengan orang lain. Malah, ada yang menjadi lebih sensitif terhadap cuaca panas.
Begitu juga dengan wanita yang sedang melalui fasa prahaid dan menopaus. Perubahan hormon sebelum haid boleh mempengaruhi suhu badan. Dalam tempoh ini, wanita mungkin mengalami keletihan, perubahan emosi dan berpeluh yang tidak menentu.

Kadangkala, rasa panas yang berlebihan juga bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran atau gaya hidup, tetapi juga boleh menjadi tanda masalah kesihatan tertentu yang memerlukan perhatian seperti penyakit kencing manis yang boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk mengawal suhu badan secara efektif.
Paras gula dalam darah yang tidak terkawal juga didapati boleh merosakkan saraf serta fungsi kelenjar peluh, menjadikan tubuh sukar menyesuaikan diri dengan perubahan suhu persekitaran. Contohnya, mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sering mudah berasa panas dan tidak selesa dalam cuaca yang biasa.
Dengan mengenali simptom-simptom ini dan mendapatkan pemeriksaan perubatan awal amat penting untuk memastikan keadaan kesihatan terkawal dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

KESAN SAMPINGAN UBAT
Satu lagi faktor yang kerap terlepas pandang adalah kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan tertentu. Menurut pakar perubatan, antara ubat yang boleh mempengaruhi suhu badan termasuk antidepresan, antibiotik, ubat alahan dan ubat berkaitan sistem penghadaman.
Kesan ini boleh menyebabkan seseorang mudah berpeluh atau berasa panas walaupun berada dalam keadaan biasa. Secara umum, rasa panas sekali-sekala bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Ia mungkin berkaitan dengan faktor sementara seperti pemakanan, cuaca atau perubahan hormon.
Namun begitu, perhatian perlu diberikan jika keadaan ini berlaku secara kerap dan disertai simptom lain seperti pening, sakit dada, degupan jantung tidak normal, peluh berlebihan atau penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas. Pemeriksaan awal penting bagi memastikan sama ada keadaan tersebut sekadar variasi normal atau petunjuk kepada masalah kesihatan yang memerlukan rawatan.

Kesimpulannya, kepekaan terhadap suhu berbeza bagi setiap individu. Faktor gaya hidup, emosi, hormon dan kesihatan saling mempengaruhi bagaimana tubuh bertindak balas terhadap persekitaran.
Memahami perkara ini membantu kita lebih peka terhadap keadaan diri sendiri serta lebih bertolak ansur dengan orang di sekeliling. Apa yang dirasakan selesa oleh seseorang, mungkin tidak sama bagi individu lain.
Apa pun situasi yang dilalui, jika anda sering menjadi individu pertama yang berasa panas dalam sesuatu ruang, mungkin sudah tiba masanya untuk meneliti puncanya dengan lebih mendalam, bukan sekadar untuk keselesaan, tetapi juga demi kesihatan untuk jangka panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.