Tua atau muda, semua perlu jaga mata; ini panduannya...
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Pexels)
SINGAPURA: Zaman ini, tidak kira usia ramai yang asyik melihat skrin telefon dengan kerap. Secara tidak langsung apabila kita menghabiskan masa yang lama bermain dengan telefon lama kelamaan kesihatan mata pasti akan terjejas.

Sepasang mata yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan badan kita dan tidak boleh diabaikan atau diambil lewa. Walaupun ada masalah mata yang boleh ditangani, tanggungjawab utama masih terletak pada diri anda untuk memastikan mata berada dalam keadaan sihat.
Ia merupakan organ yang sangat penting. Sama seperti masalah jantung, penyakit paru-paru dan sebagainya, mata juga berisiko mengalami penyakit yang serius seperti katarak, glaucoma dan banyak lagi jenis gangguan penglihatan yang boleh menjejas setiap peringkat usia.
Inilah sebabnya mengapa pemeriksaan mata harus dilakukan secara berkala untuk memastikan penglihatan kita kekal sihat. Walaupun mempunyai mata yang baik atau 'perfect eyesight' dan tidak perlu memakai cermin mata dan sebagainya, anda masih perlu menitikberatkan penjagaan serta kesihatan mata.
Jika melakukan pemeriksaan dengan pakar optometris secara tahunan, segala masalah yang dikesan atau tanda-tanda kesihatan mata yang menurun boleh dirawat dan dicegah dari awal.

Malah, penjagaan mata yang sihat juga bermula dari gaya kehidupan seseorang dan juga tabiat pemakanan. Lantas, diet seharian juga memainkan peranan yang penting.
Selain menghadkan masa bermain telefon, menjaga diet, anda juga digalakkan untuk melakukan senaman mata yang mudah. Tidak sukar untuk melakukannya. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.
Berikut kami kongsi beberapa cara mudah yang boleh diamalkan secara rutin.
4 CARA JAGA MATA
Senaman mata
Tidak kira tempat dan waktu, anda boleh melakukan senaman untuk mata pada bila-bila masa. Menurut satu kajian, anda digalakkan untuk melakukan senaman mudah ini selepas dan sebelum bangun dari tidur.
Malah, anda juga boleh melakukannya semasa terasa letih. Tapi, sebelum melakukan senaman ini pastikan kedua belah tangan dan jari jemari dicuci bersih dan bebas kuman.
• Mula-mula gosok kedua telapak tangan untuk menghasilkan haba panas. Kemudian tekap tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama lima saat. Anda boleh ulang proses ini selama tiga kali.
• Selain itu cuba pusingkan bebolah mata anda. Bagaimana caranya? Bermula dengan mata pandang ke atas dan kemudian perlahan-lahan putarkannya 10 kali mengikut putaran jam.
• Cuba urutkan penjuru dahi. Kemudian gunakan tulang sambungan ibu jari anda dan cuba tekan lembut penjuru dahi dan urut dengan gerakan bulatan anggaran 20 kali untuk arah jam dan untuk arah membulat.
• Kemudian ulangi uratan ini di bahagian kening, di bawah mata dan juga di bahagian penjuru hidung.
• Setelah selesa, rehat, sandar, pejamkan mata dan rehat selama tiga hingga lima minit.

• Pegang pen pada aras bahu di depan anda. Fokuskan penglihatan mata ke arah pen dan perlahan-lahan dekatkan pen hingga ke hidung anda dan gerak semula kembali ke kedudukan asal. Ulang 10 kali.
Diet
Pemakanan seharian memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan mata. Mata memerlukan khasiat seperti vitamin A, C dan E selain zinc untuk berfungsi dengan baik.

Lobak merah contohnya merupakan antara sayuran yang sangat baik untuk mata. Selain itu anda juga harus perbanyakkan sayuran hijau, lada benggala kuning, labu, ubi dan juga kuning telur kerana ia mengandungi antioksida yang dapat mengelak kerosakan mata yang berpunca dari cahaya matahari.
Rawatan DIY
Pada bila-bila jika mata anda terasa terlalu penat, tidak selesa, pedih atau berair, cuba merawatnya dengan cara mudah dengan menggunakan hirisan timun sejuk. Letakkan pada mata, biarkan hingga 20 hingga 30 minit, rehat dan lihat keberkesanannya.

Rehatkan mata
Sama juga seperti tubuh letih yang memerlukan rehat, begitu juga sepasang mata. Pernah terfikir berapa lama yang kita gunakan organ mata setiap hari dari pagi hingga lewat malam? Hanya waktu tidur saja mata akan dapat rehat sepenuhnya.
Rehatkan mata adalah penting terutama bagi yang bertugas sehari suntuk menghadap skrin komputer. Walaupun sibuk menjalankan tugas di depan komputer, anda digalakkan untuk alihkan pandangan mata setiap 20 minit. Ini dapat membantu untuk rehatkan penglihatan dan mata tidak akan rasa tertekan dan berair.
Apabila mata sihat, anda boleh menikmati gaya hidup yang bermutu, mudah bergerak, membaca dan melakukan apa saja dengan penglihatan yang jelas!

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.