Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Trend senaman untuk bantu anda lebih aktif pada 2023

Mengamalkan diet yang sihat dan bersenam adalah antara perkara paling lazim yang ingin dilakukan ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Trend senaman untuk bantu anda lebih aktif pada 2023

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 23 Jan 2023 10:21PM Dikemas Kini : 23 Jan 2023 10:21PM

KUALA LUMPUR: Mengamalkan diet yang sihat dan bersenam adalah antara perkara paling lazim yang ingin dilakukan ramai.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan beberapa trend kesihatan yang membimbangkan, terutamanya dari segi kenaikan berat badan dan tabiat gaya hidup yang tidak aktif. 

Menurut Tinjauan Tabiat Peribadi Asia Pasifik Herbalife Nutrition, ramai responden melaporkan berat badan berlebihan. 

Penyebab utamanya adalah tidak bersenam atau kurang aktif.

Justeru, kajian itu mendapati mempunyai kesihatan serta kesejahteraan baik membawa manfaat besar dalam kehidupan setiap individu termasuk meningkatkan tumpuan dan daya ingatan.

Menurut Naib Presiden Prestasi Sukan dan Kecergasan Sedunia Herbalife Nutrition, Samantha Clayton, matlamat kecergasan tidak semestinya perlu babitkan aktiviti lasak atau pencapaian luar biasa.

Sebaliknya, sebarang perubahan kecil yang dibuat seperti bersenam setiap hari sudah memadai dan tetap memanfaatkan kesihatan, menurut BH Online.

Berikut adalah lima tip kecergasan yang boleh anda cuba untuk menjaga kesihatan tubuh:

1. Lakukan aktiviti mudah dan ringkas

Sekadar berjalan sahaja anda sudah dapat meraih manfaat daripada bersenam.

Selain itu, tubuh anda juga menerima Vitamin D daripada cahaya matahari yang penting untuk penyerapan kalsium demi kesihatan tulang.


2. Kecergasan badan dan minda

Yoga umpamanya boleh dijadikan sebagai dorongan positif dan rutin untuk membina kesedaran diri serta mengurangkan tekanan.

Kecergasan badan dan minda penting kerana ia memastikan badan kita dapat menyesuaikan diri dan menjadi lebih kuat dan cekap.

Selepas melakukan senaman, pastikan anda dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat.

3. Gunakan teknologi kecergasan di rumah

Satu lagi cara adalah untuk bersenam di rumah. Aktiviti kecergasan realiti maya (VR) semakin popular dalam kalangan mereka yang ingin menjaga kesihatan tubuh namun kesuntukan masa.

4. Lakukan senaman tergabung

Ia merujuk kepada senaman singkat yang digandingkan dengan rutin senaman meregangkan badan yang bermanfaat.

Dengan menggabungkan senaman yang mencabar keupayaan otot dengan cara yang baru, ini akan memastikan anda sentiasa mempunyai aktiviti baru untuk cuba dan elak mudah berasa bosan.

5. Sokongan sosial

Sokongan sosial amat berguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang mempengaruhi aktiviti fizikal menerusi dorongan untuk tingkatkan prestasi dan keupayaan diri.

Malah menurut kajian, senaman yang dilakukan bersama teman-teman akan membuat seseorang itu lebih bermotivasi selain terdorong untuk bekerja lebih keras. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa