Skip to main content

Gaya Hidup

Tomahawk King bakal gulung tikar susuli kenaikan kos; hari terakhir 20 Sep

Tomahawk King menjadi antara restoran terbaharu di Singapura yang mengumumkan penutupannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tomahawk King bakal gulung tikar susuli kenaikan kos; hari terakhir 20 Sep

Restoran stik halal Tomahawk King dijangka beroperasi buat kali terakhir pada 20 September 2026. (Gambar: Instagram/@tomahawk.king)

Diterbitkan : 18 Aug 2026 07:34PM Dikemas Kini : 18 Aug 2026 07:35PM
SINGAPURA: Tomahawk King menjadi antara restoran terbaharu di Singapura yang mengumumkan penutupannya.

Restoran stik halal itu dijangka menutup restorannya di Changi Road bulan depan. Hari terakhir operasinya ialah pada 20 September.

Restoran itu, yang bermula sebagai sebuah gerai di sebuah pusat makanan di Tampines, mengumumkan penutupannya menerusi Instagram pada Isnin (17 Ogos), sambil merujuk kepada kenaikan kos dan cabaran dalam industri makanan dan minuman (F&B) tempatan sebagai sebabnya.

Menyifatkan penutupan tersebut sebagai "perpisahan yang sukar", restoran tersebut menambah bahawa "peningkatan kos dan realiti landskap F&B hari ini bermakna kami tidak lagi dapat meneruskan operasi secara mampan".

Terkenal dengan stik dan wagyu Jepun yang diiktiraf halal, Tomahawk King bermula sebagai sebuah gerai di Tampines Mall yang dikenali sebagai StuffedWing Lab.

Sejak kebelakangan ini, perniagaan itu berkembang dengan beberapa konsep F&B lain, termasuk restoran stik berkonsepkan wagyu, Charr'd dan restoran gyukatsu Jepun, Gyusei.

Menurut catatan di Instagram itu, restoran Charr'd dan Gyusei akan terus beroperasi.

Penutupan restoran Tomahawk King menyusuli beberapa restoran lain baru-baru ini, termasuk Fika Swedish Cafe.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita