Tips elak jadi mangsa penyeluk saku ketika bercuti
Sempena musim cuti hujung tahun ini, pastikan anda sentiasa berwaspada apabila melancong ke luar negara.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Sempena musim cuti hujung tahun ini, pastikan anda sentiasa berwaspada apabila melancong ke luar negara.
Ini bagi mengelakkan berlaku kecurian barangan yang tentu sekali boleh menyebabkan anda kehilangan 'mood' untuk makan angin serta merosakkan perancangan percutian yang dibuat.
Cara terbaik mengelakkan daripada menjadi mangsa kecurian adalah dengan sentiasa berwaspada, tidak membawa terlalu banyak barangan ketika melancong dan melakukan kajian terlebih dahulu untuk mengetahui tempat-tempat yang sering berlaku kecurian.
Berikut adalah beberapa petua untuk bantu anda elakkan daripada menjadi mangsa penyeluk saku:
1. GUNAKAN KAD UNTUK BUAT PEMBAYARAN
Haruskah anda gunakan kad atau wang tunai untuk membuat pembayaran ketika bercuti di luar negara?
Jika anda gunakan wang tunai, sukar untuk mendapatkannya kembali apabila ia dicuri.
Namun jika kad kredit anda dicuri, anda boleh membatalkan kad tersebut, sekaligus melindungi diri anda daripada menjadi mangsa terhadap sebarang urus niaga mencurigakan.
Sungguhpun begitu, anda perlu tetap menyediakan sedikit wang tunai semasa bercuti, ini terutama sekali jika anda pergi melancong ke tempat-tempat yang masih menggunakan wang tunai ataupun untuk membayar 'tips'.
Namun jika anda perlu membawa keluar wang tunai, pastikan anda hanya membawa jumlah yang cukup untuk perbelanjaan sehari.
Pakar pelancongan di laman kewangan online Nerdwallet, Sally French contohnya berkongsi bahawa beliau membawa wang tunai tidak lebih daripada AS$200 (S$270) setiap kali keluar bercuti.
"Ia cukup untuk membeli beberapa hidangan dan membayar tambang teksi jika berlaku kecemasan," katanya.
Apabila anda membuat bayaran menggunakan kad yang mempunyai cip mikro, pastikan anda imbaskan kad tersebut pada mesin dan bukan meleretnya.
Ini kerana mesin pembaca kad berisiko digodam untuk mencuri butiran kewangan kad anda.
2. SIMPAN WANG TUNAI DAN KAD DENGAN BETUL
Ketika di tempat awam, pastikan anda simpan wang tunai, kad kredit dan pasport di tempat di mana anda boleh melihat atau menyentuhnya.
Ini termasuk menyimpan dompet di dalam saku depan dan bukan di belakang, atau memakai beg di bahagian depan dan bukan di belakang.
Selain itu, anda boleh pertimbangkan memakai pakaian yang mempunyai saku yang berzip.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di TRIP Group, Lloyd Figgins menyarankan para pelancong supaya memakai tali pinggang yang boleh disimpan wang di bawah pakaian anda.
"Nasihat saya berhubung wang tunai dan kad adalah pastikan ia disimpan dalam poket yang rapat pada tubuh anda," kata Encik Figgins.
3. BELI PERALATAN DENGAN CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dapatkan beg yang boleh ditutup dengan kancing dan mempunyai tali pengikat yang utuh dan tidak mudah dipotong.
Bahagian dalam beg tersebut juga harus dilengkapi dengan kancing.
Selain itu, beg silang yang boleh disandang di hadapan tubuh anda terbukti lebih selamat berbanding beg galas atau beg jinjit.
Sementara itu, dompet pengenalan frekuensi radio atau RFID berupaya melindungi kad-kad anda daripada alat-alat yang boleh merakam butiran kewangan daripada kad-kad kredit dari jauh.
"Seperti bawang, langkah keselamatan peribadi perlu mempunyai beberapa lapisan," kata Encik Figgins.
"Jika anda menyulitkan usaha penjenayah, mereka akan beralih ke sasaran lain yang lebih mudah."
Malah, langkah-langkah pencegahan seperti mengunci beg bagasi anda juga mampu bantu mengelakkan berlaku pencurian.
Namun, jangan terlalu bergantung kepada AirTags dan alat pengesan GPS dalam mengelakkan pencurian, ini kerana ia memberikan anda 'rasa aman' yang palsu.
Demikian menurut Harding Bush, pengarah bagi operasi keselamatan di Global Rescue, yang menyediakan khidmat pengurusan krisis dan risiko perjalanan.
"Jika berlaku pencurian di jalanan, anda tetap tidak akan mendapat semula beg itu dan anda tentu sekali tidak mahu menegur penjenayah itu kerana ia akan menimbulkan bahaya terhadap diri anda," katanya.
4. JANGAN MENARIK PERHATIAN
"Tayangan barang-barang berharga seperti kamera atau barang berjenama akan menarik perhatian penjenayah," kata Encik Figgins.
"Justeru pakai pakaian sederhana dan elak daripada menarik perhatian ramai."
Tinggalkan barang perhiasan yang mahal di rumah atau jika anda perlu membawanya bersama, simpan barang itu dalam peti besi di bilik hotel.
Sungguhpun begitu, peti tersebut tidak 100 peratus selamat; kebanyakan daripadanya mempunyai kod universal untuk membuka peti itu jika anda terlupa kata kuncinya.
Menurut Encik Figgins, anda boleh pertimbangkan untuk simpan barangan berharga dalam peti besi di meja penyambut tetamu.
5. LINDUNGI TELEFON BIMBIT ANDA
Pastikan anda sentiasa menyemak aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit dan tentukan jika aplikasi tersebut masih perlu digunakan ketika anda sedang bercuti.
Anda juga boleh pertimbangkan untuk menghapuskan buat sementara waktu aplikasi-aplikasi kewangan yang terkandung dalam telefon bimbit.
"Ini kerana jika seorang penjenayah berjaya mencuri telefon bimbit anda, dia boleh mengakses wang simpanan anda, bukan sahaja duit yang telah anda kumpul untuk percutian itu," kata Encik Figgins.
Semasa bercuti, pastikan anda kerap menyalin data kepada 'sistem awan' dan simpan senarai nombor-nombor telefon yang penting.
Selain itu, anda boleh lekatkan pelekat pada telefon bimbit anda, yang tertera nombor telefon untuk dihubungi jika telefon bimbit itu dijumpai.
6. BERWASPADA KETIKA DI TEMPAT RAMAI
"Perkara paling penting yang harus dilakukan oleh para pelancong untuk melindungi diri mereka adalah sentiasa berhati-hati," kata Encik Figgins.
"Perhatikan individu di sekeliling anda, sesiapa yang berkemungkinan mencetuskan bahaya dan apa yang boleh anda lakukan untuk ke tempat yang selamat."
Tempat-tempat selamat bukan sekadar balai polis; ia mungkin hotel, bank, kedai barang kemas dan mana-mana tempat yang mempunyai kamera pengawasan bagi mencegah penjenayah yang cuba mengekori anda.
Berhati-hati berlaku pencurian di tempat-tempat daya tarikan pelancong, yang seringkali sesak dan ia merupakan tempat di mana para pelancong mula lalai kerana tertumpu pada tarikan di sekeliling mereka.
Selain itu, anda juga perlu sedia maklum bahawa para penjenayah selalunya beroperasi secara berkumpulan.
Satu taktik penipuan yang sering dilakukan adalah meminta para pelancong menandatangani petisyen.
"Mereka akan menyerahkan papan keratan (clipboard) dan pena kepada anda, dan ketika anda sedang menandatangani petisyen itu, mereka akan menyeluk saku anda," kata Encik Figgins.
Namun, yang penting sekali adalah supaya tampil yakin ketika di khalayak ramai.
"Jika anda kelihatan resah dan bimbang, para penjenayah dapat mengesannya dan akan menjadi anda sasaran mereka," katanya.

Sumber : New York Times/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.