Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tips agar bunga tidak cepat layu

Anda pernah menerima jambangan bunga namun ia menjadi layu hanya beberapa hari selepas itu? Anda pasti mahu jambangan bunga yang diberi kekal segar dan tahan lama. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tips agar bunga tidak cepat layu

(Gambar: Unsplash/Amy Shamblen)

Diterbitkan : 08 May 2021 12:30AM Dikemas Kini : 08 May 2021 12:34AM

SINGAPURA: Sempena Hari Ibu pada Ahad ini (9 Mei), ada yang mungkin sudah membuat rancangan untuk menceriakan hati ibu masing-masing dengan menyediakan hidangan kegemaran mereka atau pun menghadiahkan sejambak bunga.

Sama ada ia bunga orkid, mawar ataupun tulip, terdapat cara-cara untuk menjaga bunga-bunga itu bagi memastikan ia dapat kekal segar untuk tempoh yang lama.

TANGGALKAN REBEN DAN PEMBALUT

Sebaik sahaja menerima jambangan bunga itu, jangan terus memindahkan keseluruhannya ke dalam pasu.

Sebaiknya bahan-bahan pembalutnya ditanggalkan kerana ia boleh mengotorkan air dalam pasu.

Bagi mengekalkan bentuk bunga itu, jangan menggunting tali yang mengikat keseluruhan jambak bunga itu.

PILIH PASU BERWARNA GELAP

Pasu yang diperbuat daripada kaca lutsinar mungkin kelihatan menarik dijadikan sebagai pasu bunga. Namun, ia sebenarnya mempercepatkantangkai bunga hilang kesegarannya akibat terdedah kepada sinar matahari.

Sebaliknya, pilih pasu yang berwarna gelap atau diperbuat daripada tembikar.

(Gambar: Pexels/Gustavo Fring)

(Gambar: Pexels/Gustavo Fring)

PETIK ATAU GUNTING DAUN YANG TENGGELAM

Isi sepertiga pasu dengan air dan letakkan jambangan bunga bersebelahan pasu itu. Jika terdapat daun yang berada di bawah paras air, pastikan anda petik atau gunting dedaun itu. Ini kerana dedaun yang reput akan menjejas kesihatan bunga anda.

Begitu juga, jika terdapat perubahan dari segi warna pada duri, bunga atau batang, anda perlu petik atau memotongnya. Bahagian bunga yang rosak jika dibiarkan ia mampu merebak pada keseluruhan bunga.

POTONG TANGKAI BUNGA

Tangkai-tangkai bunga mudah tertutup dan tidak akan menyerap air hanya seminit selepas ia dipotong. Untuk "membuka semula" saluran air pada tangkai-tangkai itu, pastikan anda mengguntingnya pada kira-kira 1 sentimeter hingga 2 sentimeter daripada penghujung tangkai dan segera masukkannya ke dalam air.

Selain itu, pastikan anda gunting bahagian hujung tangkai yang sudah bertukar menjadi warna coklat atau menjadi lembik - atau menggunting tangkai sebanyak sekurang-kurangnya 1 sentimeter setiap kali anda menukar air dalam pasu. Makin lama bunga disimpan, maka air yang terserap bertambah banyak dan ini mampu menyebabkan proses bunga menjadi layu lebih cepat.

SIMPAN BUNGA DALAM PETI SEJUK

Terdapat sebab mengapa penjual bunga menyimpan bunga dalam peti sejuk. Suhu rendah dapat bantu memanjangkan jangka hayat bunga.

Pastikan tiga suku pasu itu diisi dengan air. Pastikan juga tiada buah-buahan disimpan dalam kompartmen sama dalam peti sejuk.

Dan akhir sekali, jangan lupa untuk keluarkan bunga daripada peti sejuk setiap pagi, namun elakkan daripada perubahan suhu secara mengejut. 

Sumber : CNA/HZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan