Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tip pemakanan untuk elak berat badan naik semasa sambut Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Apabila meraikan Hari Raya, sudah pasti kita akan menjamu selera hidangan yang enak-enak belaka.

Namun, usah lupa untuk menjaga kesihatan diri agar berat badan tidak naik secara mendadak. 

Ikuti perkongsian portal Keluarga ini untuk mempelajari sedikit sebanyak tip-tip untuk menikmati juadah Hari Raya sambil menjaga kesihatan! 

1. Jangan tidak beraya. Setelah sebulan berpuasa, ini adalah waktu untuk kita semua raikan bersama keluarga. 

2. Namun, selepas sambut Hari Raya pertama dan kedua, kawal semula pemakanan anda dengan lebih baik lagi pada hari ketiga. 

3. Makan hidangan lengkap dahulu. Jika mula dengan kuih dan biskut, susah untuk anda berhenti nanti. 

4. Amalkan konsep 10:20. 10 hari untuk berhari raya dan 20 hari kemudian untuk jaga pemakanan anda. 

5. Contoh, hari pertama dan kedua, makanlah sepuas hati anda. Selepas itu, pastikan makanan anda lebih seimbang untuk baki minggu tersebut. Ingat, Raya sebulan! 

6. Boleh sahaja makan biskut raya. Yang paling penting adalah untuk anda menghadkan dan mengawal diri sendiri. 

7. Sebiji biskut mengandungi sekitar 50 kalori. Sehari 10 biji untuk 30 hari atau di 30 buah rumah, sudah tambah 15,000 kalori, atau bersamaan dengan 1.94 kilogram berat badan. 

8. Ambil tahu nilai kalori makanan kegemaran. Nanti lebih mudah untuk mengawal bahagian makanan anda dan elakkan berat badan daripada terus naik. 

9. Makan sedikit sahaja di setiap jemputan rumah terbuka. Tidak perlu makan banyak setiap masa. 

10. Jika perlu makan untuk masa yang berpanjangan, makan sedikit-sedikit dan berbual. Dengan itu, anda dapat jaga hati tuan rumah dan elak masukkan lebih banyak kalori ke dalam badan anda. 

11. Kurangkan kuah. Biasanya, ia lebih berminyak, bergaram dan jadi punca naik berat badan. 

12. Makan seperti hari biasa. Jika biasanya anda makan empat atau lima kali sehari dengan bahagian yang lebih kecil, buat cara yang sama. 

13. Bahagikan setiap hidangan dan jemputan, seperti waktu makan biasa, daripada waktu sarapan sehingga waktu makan malam. 

14. Kurangkan air manis, kawal pemakanan karbohidrat dan elak makanan tinggi dengan garam. 

15. Pada masa yang sama, cari jalan untuk bersenam atau berpeluh. Anda boleh memilih senaman mudah, seperti berjalan kaki sekeliling estet perumahan atau melakukan senaman HIIT. 

16. Mula puasa enam. Ini membantu anda kawal kalori, mengurangkan nafsu makanan dan memberi anda ganjaran pahala juga. 

Walaupun berat badan sudah berkurangan semasa bulan puasa, ia mungkin akan bertambah sewaktu sambutan Hari Raya. 

Gabungan tinggi karbohidrat dan lemak serta penahanan air dan pengambilan lebih kalori menyebabkan berat badan untuk naik semula.

Namun, ia masih boleh dikawal. Kira dan urus pengambilan kalori dan pastikan anda lakukan senaman seawal mungkin.  

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan