Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tip mudahkan anak kecil tidur ketika waktu siang

Keaktifan kanak-kanak kecil memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau 'napping'.

Anggaran Waktu Membaca:
Tip mudahkan anak kecil tidur ketika waktu siang

(Gambar hiasan: William Fortunato/Pexels)

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka sudah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya.

Keaktifan kanak-kanak kecil memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau 'napping'. Untuk pengetahuan ibu bapa, 'napping' untuk bayi anda sebenarnya tidaklah begitu sukar.

Ia akan menjadi mudah jika digabungkan antara rutin harian kanak-kanak yang tepat bersama-sama dengan kekerapan komunikasi. Jadi, apakah caranya untuk memudahkan anak anda 'nap' atau tidur sebentar? Ikuti tips daripada Hello Doktor di bawah ini yang diterbitkan dalam rencana Pa&Ma.

PASTIKAN RUTIN HARIAN YANG KONSISTEN SETIAP HARI

Rutin harian memainkan peranan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana ia akan memberikan rasa selamat dan emosi yang stabil kepada mereka.

Sekiranya anda boleh menidurkan anak anda pada waktu yang sama setiap hari, waktu tidur mereka akan menjadi lebih mudah memandangkan jam tubuh (body clock) mereka akan membuatkan mereka terlelap pada waktu yang boleh dijangkakan.

Cara yang disarankan Hello Doktor adalah, tidurkan dan bangunkan mereka semula pada waktu yang tetap setiap hari. Bagi kanak-kanak yang 'nap' dua kali sehari, mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur.

Manakala bagi mereka yang nap sekali dalam sehari, tidurkan mereka sekitar 4 hingga 6 jam.

HABISKAN TENAGA ANAK ANDA SEBELUM MEREKA TIDUR

Memandangkan kanak-kanak sentiasa memiliki tenaga yang banyak, galakkan mereka untuk menggunakan tenaga yang ada sebelum mereka mula tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih selesa dan nyenyak pada waktu nap mereka.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Bawa mereka pergi bermain di taman permainan, kelas-kelas untuk kanak-kanak atau boleh sahaja bermain di laman rumah pada waktu pagi. Percayalah, setelah mereka berasa letih, mereka akan lebih mudah tidur dan anda tidak perlu pening kepala untuk menidurkan anak anda.

GUNAKAN TEMPAT ATAU RUANGAN TIDUR YANG SAMA

Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang. Ini membantu konsistensi mereka untuk tidur dengan lebih selesa.

Menurut Hello Doktor, elakkan daripada menidurkan mereka di hadapan televisyen atau di atas sofa kerana ia akan menyebabkan anak anda mendapat kualiti tidur yang buruk.

AMALKAN RUTIN SEBELUM TIDUR

'Pre-nap' bertindak sebagai satu transisi atau pertukaran antara waktu aktif dan waktu nap anak anda. Rutin yang menenangkan ini akan memudahkan anda menidurkan anak anda tanpa perlu usaha yang lebih.

Anda hanya perlu mulakan dengan mengingatkan anak anda bahawa waktu tidur sudah tiba. Kemudian, bawa mereka ke bilik tidur dan kurangkan cahaya bilik seperti menutup lampu dan menggunakan langsir tingkap.

Peluk anak anda dan baca buku cerita pada mereka. Anda boleh juga menyanyikan sesuatu dengan suara yang perlahan.

Semua ini akan memberikan ketenangan kepada anak anda dan mereka akan terlelap dengan lebih mudah. Sekarang anda tahu, menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul.

Kaedah itu bukan sahaja berkesan terhadap anak anda, tetapi mungkin juga boleh melelapkan anda bersama-sama anak anda. Alamatnya, tidak siaplah makanan tengahari di rumah sekiranya anda turut menyertai nap anak anda.

Sumber : Agensi berita/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan