Tip elak makan berlebihan semasa bercuti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keseronokan musim cuti hujung tahun sudah dapat dirasakan.
Pasti ramai yang telah membuat pelbagai rancangan dan tempahan untuk bercuti ke destinasi pilihan pada musim cuti hujung tahun ini bersama seisi keluarga.
Biasanya apabila sedang seronok bercuti di luar negara, pastinya ramai yang akan terlepas pandang soal diet.
Ini malah menjadi perkara lumrah bagi orang ramai yang sedang seronok bercuti kerana mereka mudah 'tergoda' dengan pelbagai sajian unik dan menyelerakan.

Ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak cerewet dan gemar untuk mencuba pelbagai makanan.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikuti untuk menjaga diet sihat semasa bercuti di luar negara.

Sarapan yang kaya dengan protein
Mulakan hari anda dengan sarapan yang diperkaya dengan protein.
Satu kajian mendapati sarapan yang kaya dengan protein ternyata dapat memastikan perut rasa kenyang sehingga tengah hari.
Anda juga digalakkan untuk menikmati kudapan seperti tairu Greek asli, selain keju tanpa lemak yang boleh digandingkan dengan buah-buahan dan snek yang diperkaya dengan protein.
Sajian yang diperkaya dengan protein termasuk daging lembu, telur, ayam dan kekacang yang dapat membekalkan khasiat vitamin B, vitamin E, zat besi selain magnesium.
Malah protein juga merupakan bahan binaan asas bagi otot, kulit, tulang, darah dan tisu.

Elak manisan dan kurangkan karbohidrat
Elakkan mengambil terlalu banyak manisan atau sajian yang kurang sihat semasa anda bercuti dan cuba kurangkan karbohidrat serta lemak tenusu.
Menurut kajian, cara ini dikatakan dapat membuat perut untuk rasa lebih kenyang.
Ini sekali gus membantu anda untuk elak daripada makan berlebihan selain menikmati cemilan yang kurang sihat.

Minum air dengan secukupnya
Pengambilan air yang mencukupi juga merupakan sesuatu yang sangat penting.
Ini lebih-lebih lagi apabila anda banyak bergerak.
Namun cuba elak untuk minum terlalu banyak air manis, tidak kira di mana anda berada.

Awasi diet anda
Bagi yang mempunyai perut sensitif, penting untuk mengawasi diet anda sepanjang percutian.
Jika tersalah pilih makanan atau kurang bernasib baik, pelbagai bakteria juga boleh ikut terbawa akibat salah makan.
Jika perkara itu berlaku, ia boleh menjejas kesihatan selain 'mood' percutian anda dan bertukar menjadi sesuatu yang tidak menyeronokkan semasa bercuti.

Oleh itu, tidak kira di mana destinasi percutian anda, pastikan untuk membawa ubat-ubatan sebagai persediaan.
Yang pasti, pastikan untuk tidak makan secara berlebihan bagi memastikan diet anda terjaga sepanjang percutian.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.