Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tip bantu elak serangan angin ahmar

Anggaran Waktu Membaca:
Tip bantu elak serangan angin ahmar

Gambar: Agensi berita/ Keluarga

KUALA LUMPUR: Angin ahmar atau strok tidak berlaku dengan sekelip mata.

Proses terkena serangan strok bermula antara 10 hingga 15 tahun sebelum ia berlaku.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami strok pada usia 55 tahun, proses terkena serangan strok bermula ketika berumur 40 hingga 45 tahun apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik, menurut rencana Keluarga yang diterbitkan oleh Astro AWANI.

Contoh penyakit metabolik yang kronik adalah diabetes (kencing manis), hipertensi (tekanan darah tinggi) dan tahap kolestrol yang tinggi.

Penyakit ini harus dikawal dengan baik.

Jika tidak, dalam masa 10 hingga 15 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan strok.

Selain itu tabiat merokok dan minum arak haruslah dihentikan.

Pastikan cukup rehat dan tidur dan kawal tekanan dengan baik.

BOLEHKAH SERANGAN STROK DIELAKKAN?

Menurut rencana Keluarga itu lagi, apa yang menarik ialah serangan strok ini boleh dielakkan. Dalam kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, kajian tersebut mencadangkan pengamalan Diet Mediterranean.

Terdapat banyak bukti Diet Mediterranean dapat merendahkan risiko serangan strok dan serangan jantung.

Minyak zaitun adalah tunggak kepada diet ini selain dari pengambilan banyak sayur-sayuran dan protein dari laut.

Berdasarkan kajian itu, pengambilan 25 gram (dua atau tiga sudu besar) minyak zaitun sangat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan mengawal gula dengan lebih baik.

Sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung, pengambilan minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mengelakkan serangan strok, lapor Keluarga.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan