Tinggalkan kerjaya sebagai jurutera, kini bergelar usahawan cili berjaya
Anggaran Waktu Membaca:
A. Srinath. (Gambar: Bernama)
TELUK INTAN: Seronok berbudi pada tanah ketika bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu Malaysia dilanda COVID-19 empat tahun lalu menjadi titik tolak seorang jurutera perisian meninggalkan kerjaya itu dan mengusahakan tanaman cili secara fertigasi.
Ternyata keputusan itu tepat apabila usaha A. Srinath, 29 tahun, membuahkan kejayaan serta mendapat hasil lumayan dan paling menggembirakan, ia sedikit sebanyak membantu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tenaga Nasional itu berkata, pada mulanya dia menanam 400 polibeg cili merah menggunakan sistem fertigasi bersama abang sulungnya berdekatan kediaman ibu bapa mereka di Changkat Jong semasa tempoh PKP.
"Selepas tamat tempoh bekerja dari rumah, saya pulang semula ke Subang Jaya, Selangor untuk bekerja di pejabat namun saya rasa seronok pula menjadi petani.
"Saya berbincang dengan ibu bapa nak tanam cili merah dalam skala besar dan saya mengambil keputusan meletak jawatan selepas tiga tahun bekerja sebagai jurutera dan balik ke sini untuk tanam cili," katanya ketika ditemui Bernama.
Anak kedua dari tiga beradik itu menggunakan wang simpanan berjumlah kira-kira RM50,000 (S$14,360) untuk membeli peralatan sistem fertigasi seperti polibeg, paip, pam air serta pembinaan stor untuk memulakan tanaman cili fertigasi berkenaan.
Menyedari dirinya tiada pengalaman luas dalam bidang pertanian, Encik Srinath berkata, dia mengikuti beberapa kursus yang dikelolakan Jabatan Pertanian Perak serta belajar antaranya cara semaian biji benih, bancuhan baja atau racun serangga perosak serta sistem fertigasi seperti pam dan paip.
Encik Srinath yang menyewa sebidang tanah seluas 0.68 hektar milik individu persendirian telah menanam 2,500 polibeg cili merah jenis 'Kulai 461' dan mempunyai tiga pekerja untuk membantunya setiap hari.
Beliau kini dapat menarik nafas lega apabila jerih perihnya membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sekitar RM40,000 (S$11,488) hingga RM50,000 (S$14,360) dengan tuaian kira-kira lima tan semusim.
Menurutnya, cili merah itu dijual di sekitar daerah tersebut antaranya Pasar Besar Teluk Intan, pasar raya dan kedai runcit selain turut dijual kepada pemborong di Pasar Borong Selayang di Selangor dengan harga RM6 (S$1.72) hingga RM11 (S$3.16) sekilogram mengikut harga pasaran semasa.
Encik Srinath berkata, penanaman cili merah memerlukan kesabaran tinggi kerana berdepan beberapa cabaran antaranya serangan serangga perosak seperti hama merah, kutu trip, lalat putih atau terkena penyakit mozek.
Menurutnya lagi, pokok cili yang dijangkiti penyakit mozek tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu ditanam yang baharu, namun sekiranya pokok cili terkena serangan serangga, ia masih boleh dikawal dengan semburan racun serangga pada pokok cili tersebut.
"Saya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengusahakan tanaman cili secara fertigasi ini dalam skala yang lebih besar dan sudah tentu saya mahu usahakannya di tempat kelahiran saya di sini juga," katanya yang turut mengusahakan tanaman timun secara kecil-kecilan.
Menurut laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia, fertigasi adalah satu kaedah penanaman dengan pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.