Skip to main content

Gaya Hidup

Time To Fly 2026 tawar tiket penerbangan ulang-alik SIA, Scoot pada harga diskaun

Anggaran Waktu Membaca:
Time To Fly 2026 tawar tiket penerbangan ulang-alik SIA, Scoot pada harga diskaun

Pesawat Singapore Airlines berada di landasan di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 8 Dis 2020. (Foto fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 19 Oct 2026 11:40AM
Time To Fly 2026 offers discounted return air tickets on SIA and Scoot
  • The Time To Fly travel fair has returned to Singapore, with an in-person event at Suntec from Oct 23 to 25 and online sales running until Oct 30.
  • SIA is offering over 200,000 discounted tickets to 78 destinations, while Scoot is offering over 180,000 tickets to 70 destinations; SIA fares start at S$258.
  • Tickets can be booked through selected agents and SIA channels, but promotional fares are subject to specific travel dates in 2027 and blackout dates.
  • Visitors can enter a draw for flight and hotel prizes and enjoy promotions from Pelago, KrisShop and Kris+; Mediacorp celebrities will also be at the event.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pameran pelancongan popular Time To Fly kembali bulan ini dengan tawaran tiket penerbangan pada harga diskaun daripada Singapore Airlines (SIA) dan Scoot.

Kini, pihak penganjur mendedahkan para pelancong boleh menikmati tawaran tiket penerbangan ulang-alik kelas ekonomi SIA ke destinasi seperti Bangkok, Da Nang, Taipei, London, Los Angeles dan banyak lagi, dengan tambang ulang-alik termasuk semua cukai dan caj bermula serendah S$258.

Berikut merupakan senarai tambang yang ditawarkan:

- Bangkok: Bermula S$258
- Da Nang: Bermula S$258
- Hangzhou: Bermula S$388
- Taipei: Bermula S$388
- Sydney (WSI): Bermula S$558
- London (Gatwick): Bermula S$988
- Madrid: Bermula S$988
- Los Angeles: Bermula S$988

Tiket penerbangan tersebut boleh ditempah dari 23 hingga 30 Oktober menerusi ejen pelancongan yang mengambil bahagian serta laman web dan aplikasi mudah alih SIA.

Bagaimanapun, tambang yang ditawarkan hanya sah bagi tempoh perjalanan tertentu pada 2027 dan tertakluk kepada tarikh pengecualian.

Pameran fizikal Time To Fly akan berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober di Dewan 401 hingga 403, Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, manakala jualan online akan diteruskan sehingga 30 Oktober.

SIA akan menawarkan lebih 200,000 tiket penerbangan ulang-alik pada harga diskaun bagi kelas niaga, ekonomi premium dan ekonomi ke 78 destinasi, manakala Scoot pula akan menawarkan lebih 180,000 tiket pada harga diskaun bagi kelas ekonomi dan ScootPlus ke 70 destinasi.

Para pengunjung yang menghadiri pameran fizikal itu juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi tiket penerbangan, penginapan hotel dan baucar pelancongan.

Hadiah utama ialah sepasang tiket penerbangan ulang-alik kelas niaga SIA ke Cebu, Hangzhou dan Sydney, berserta penginapan hotel.

Pelbagai promosi turut ditawarkan menerusi platform pengalaman pelancongan SIA, Pelago, platform beli-belah KrisShop serta aplikasi ganjaran gaya hidup Kris+.

Selebriti Mediacorp seperti Hong Ling, Nick Teo dan Fadli Kamsani juga akan hadir memeriahkan pameran tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran pelancongan Time To Fly, layari cna.asia/timetofly.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita