Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

TikTok ambil langkah tegas, larang 'filter' kecantikan untuk pengguna bawah 18 tahun

Contoh filter yang akan diletakkan di bawah sekatan ialah WOW EYELASHES, kesan kecantikan yang meningkatkan penampilan mata pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam usaha untuk melindungi kesihatan mental remaja dan menangani kesan negatif standard kecantikan tidak realistik, TikTok mengumumkan larangan penggunaan 'filter' kecantikan bagi pengguna berusia bawah 18 tahun.

Ia termasuk yang menggebukan bibir, wajah langsing dan melicinkan kulit.

Langkah itu dijangka memberi impak positif terhadap keyakinan diri golongan muda, yang sering terkesan oleh penampilan di media sosial.

Larangan ini adalah sebahagian daripada usaha TikTok untuk mematuhi undang-undang seperti Akta Keselamatan Online 2024 di UK dan Akta Servis Digital 2022 di EU.

Dalam kemas kini selepas Forum Keselamatan di Eropah, TikTok berkata pada Rabu (27 Nov) bahawa perubahan dalam dasar itu akan dilaksanakan dalam beberapa minggu akan datang.

Selain larangan tersebut, TikTok juga akan "menyediakan lebih banyak maklumat tentang bagaimana kesan guankan filter itu mungkin mengubah penampilan pengguna jika digunakan".

Platform ini juga akan menperbaharui sumbernya untuk golongan yang membangunkan filter untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang beberapa akibat yang tidak diingini dan mungkin timbulkan.

Contoh filter yang akan diletakkan di bawah sekatan itu ialah WOW EYELASHES, kesan kecantikan yang meningkatkan penampilan mata pengguna.

Filter yang direka bentuk untuk menjadi "jelas dan lucu" seperti kesan telinga haiwan akan kekal tersedia untuk remaja kerana ia berbeza daripada penapis kecantikan.

MAKLUM BALAS REMAJA

Dasar berhubung sekatan umur untuk filter kecantikan diperkenalkan berdasarkan maklum balas daripada remaja dalam penyelidikan baru-baru ini oleh badan bukan meraih untung di United Kingdom Internet Matters, kata TikTok.

Penyelidikan itu mengkaji peranan platform online dalam membentuk identiti dan perhubungan remaja serta melibatkan golongan muda dan ibu bapa dari Jerman, Belanda, Sweden dan UK.

Laporan yang diterbitkan pada Rabu mengenal pasti pandangan baharu tentang penggunaan filter oleh remaja dan kesannya terhadap yakin diri mereka.

“Secara khusus, remaja dan ibu bapa menimbulkan kebimbangan mengenai kesan 'penampilan', termasuk mereka yang melihat kandungan itu mungkin tidak menyedari ia telah diubah," kata TikTok.

Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, TikTok juga akan menyekat filter seperti “Bold Glamour”, yang mampu mengubah ciri wajah seperti membesarkan mata, memerahkan bibir, dan menghaluskan kulit.

Filter yang meniru kecantikan tidak realistik akan dihentikan bagi pengguna berusia 13 hingga 17 tahun.

Selain itu, TikTok sedang menguji sistem pengesanan usia automatik berasaskan pembelajaran mesin untuk mengesan pengguna yang cuba menipu had umur platform.

Hal ini penting kerana pengguna bawah 13 tahun tidak dibenarkan menggunakan aplikasi tersebut.

Chloe Setter, Ketua Dasar Keselamatan Kanak-Kanak TikTok, menjelaskan: "Sistem ini diharapkan dapat membantu kami mengenal pasti dan menyekat lebih banyak pengguna bawah umur dengan lebih pantas."

Langkah ini dianggap wajar oleh ramai pihak, termasuk ibu bapa dan pakar kesihatan mental, yang menyedari kesan buruk filter kecantikan terhadap imej diri remaja.

Australia pada Khamis meluluskan undang-undang melarang golongan bawah usia 16 tahun di negara itu menggunakan media sosial seperti TikTok, Instagram, and Facebook.

Denda berat sehingga A$50 juta (S$43.7 juta) dikenakan bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.
Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan