Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tidak puas hati dengan ayam goreng anda? KFC kini izinkan anda dapatkan ayam goreng baru

Namun jika ayam goreng itu sudah dimakan sehingga tinggal tulang saja, maka jangan berharap untuk mendapat yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak puas hati dengan ayam goreng anda? KFC kini izinkan anda dapatkan ayam goreng baru

(Gambar: KFC; Art: Chern Ling)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 12:20PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 12:26PM

SINGAPURA: Bayangkan anda sudah menjamah ayam goreng yang dibeli dari KFC dan mendapati rasanya tidak memenuhi jangkaan anda.

Apa yang boleh dilakukan oleh para penggemar ayam goreng KFC?

Mulai Rabu (24 Feb), anda boleh pergi ke kaunter dan minta sekeping lagi ayam goreng - secara percuma.

Rangkaian restoran makanan segera itu baru saja melancarkan satu program - yang pertama seumpamanya di Asia - yang membolehkan para pelanggan untuk menukar ayam goreng mereka jika tidak berpuas hati dengan ayam Original Recipe atau Hot & Crispy yang dibeli.

Tawaran itu bagaimanapun hanya disediakan bagi jamuan di dalam restoran dan pembelian untuk dibawa pulang. Ia tidak ditawarkan bagi pembelian melalui khidmat penghantaran ke rumah.

Jika anda seorang pelanggan yang makan di restoran, anda hanya perlu bawa ayam yang sudah dijamah itu ke kaunter dan isi borang maklum balas. Anda bagaimanapun perlu menjelaskan mengapa ayam itu tidak memuaskan dari segi empat aspek mutu KFC: kesegaran, rasa, kelembutan dan keenakannya.

Tunjukkan borang yang diisi itu kepada kakitangan KFC dan ayam goreng yang kurang memuaskan itu akan diganti dengan yang baru.

Pertukaran perlu dibuat pada hari dan kedai yang sama semasa membuat pembelian.

Cara membuat pertukaran serupa bagi pembelian untuk dibawa pulang. Ia perlu dilakukan di kedai yang sama dan pada hari yang sama, berserta resit sebagai bukti pembelian.

Namun jika ayam itu sudah 'dijamah' hingga tinggal tulang saja, maka jangan berharap untuk mendapat yang baru. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan