Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tidak perlu pergi ke bazar, resipi pencuci mulut viral 'Buko' disediakan online

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Baru-baru ini hidangan pencuci mulut 'Buko' semakin popular dalam kalangan masyarakat di Singapura dan Malaysia.

Tinjauan di TikTok menunjukkan ratusan video netizen mencuba hidangan itu.

Buko dijual di bazar-bazar Ramadan di Malaysia dan di Singapura. Bahkan ada juga peniaga dari rumah yang turut menawarkan menu itu.

Buko dikatakan berasal dari Filipina dan merupakan sejenis variasa pada salad buah kelapa. Pada asalnya dibuat di pulau Bohol di wilayah Visayas Timur, pencuci mulut itu dibuat dengan agar-agar pandan, kelapa muda yang dicincang (dikenali sebagai buko), krim dan susu pekat manis.

Namun, di Malaysia dan Singapura Buko diadaptasi mengikut citarasa sendiri.

Misalnya, Buko yang dijual peniaga Singapura, Confuzionfoodiez, mempunyai lapan perisa berbeza termasuk mangga, nangka, pisang, buah campur, strawberi, laici, pandan dan anggur.

Bahan dalam Buko Singapura itu diubah suai dan ditukarkan kepada nata de coco, agar-agar dan buah-buahan.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan