Tidak perlu beratur, IKEA adakan jualan murah online
Tempoh lama berada di dalam rumah mungkin membuat anda terdorong untuk mengubah suai hiasan tempat tinggal anda. Sekarang ini adalah masa terbaik untuk melakukannya kerana IKEA baru saja melancarkan jualan murah secara online pada Isnin (1 Jun).

(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Tempoh lama berada di dalam rumah mungkin membuat anda terdorong untuk mengubah suai hiasan tempat tinggal anda.
Sekarang ini adalah masa terbaik untuk melakukannya kerana IKEA baru saja melancarkan jualan murah secara online pada Isnin (1 Jun).
Lebih 500 produk ditawarkan pada potongan harga sehingga 50 peratus.
Bangku VEBERÖD misalnya kini dijual pada harga S$69 (harga biasa S$99) manakala lampu gantung IKEA PS 2014 boleh dimiliki pada harga S$39 (harga biasa S$79).
Anda juga boleh membawa pulang permaidani, meja sudut, langsir, perkakas dapur dan banyak lagi di gedung online mereka.
Sebagai diskaun tambahan, IKEA juga akan menawarkan potongan harga kilat dari Isnin hingga Jumaat yang akan berubah setiap hari. Pada Isnin, anda boleh membeli sofa EKEBOL untuk tiga orang pada harga S$490, berbanding harga asal S$790.
Turut ditawarkan sepanjang minggu ini adalah meja sudut/bangku TRANARÖ pada Khamis dan peti mainan FLYTTBAR pada Jumaat.
Harga tidak termasuk kos khidmat penghantaran. Penghantaran menggunakan lori kini berharga hanya S$49, berbanding harga biasa S$70.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.