Tharman bela kucing, Jokowi pilih pelihara kambing; berikut haiwan peliharaan kesayangan 7 pemimpin dunia
Anggaran Waktu Membaca:

Haiwan peliharaan keluarga Sultan Brunei (kiri) dan Presiden Indonesia Joko Widodo (kanan). (Gambar-gambar: Instagram/tmski, YouTube/Presiden Joko Widodo)
SINGAPURA: Tempoh perkhidmatan Presiden Tharman Shanmugaratnam bermula selepas upacara angkat sumpah jawatan pada Khamis (14 Sep).
Beliau kini menyertai senarai eksklusif pemimpin dunia yang membela haiwan peliharaan - daripada kucing dan anjing sehinggalah harimau Bengal.
Berikut adalah senarai haiwan peliharaan kesayangan pemimpin paling berkuasa di dunia.
1. PRESIDEN THARMAN BERSAMA SOCKS, JUDY DAN AWAN
Pada 30 Ogos, Encik Tharman memuat naik video tiga kucingnya, Socks, Judy dan Awan ke IG beliau. Kucing-kucing itu diambil dari Persatuan Kebajikan Kucing dan seorang doktor haiwan di Jurong. Tiga kucing itu berjaya memikat hati netizen, disebabkan wajah comel serta personaliti masing-masing yang unik.
Contohnya, Awan gemar menggigit buku lali Encik Tharman.
Pencinta haiwan juga memuji keputusan Encik Tharman untuk mengambil kucing untuk dibela, berbanding membelinya dari kedai haiwan.

2. HARIMAU SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Laporan yang diterbitkan oleh media Insider mendedahkan bahawa Sultan Brunei Hassanal Bolkiah mempunyai taman haiwannya sendiri yang menempatkan harimau Bengal, burung helang, flamingo dan burung kakak tua yang boleh bermain permainan dan menyanyi. Sultan Hassanal dilaporkan turut menyajikan pertunjukan haiwan di zoo kepada tetamu kenamaan asing ke negara itu.

3. PRESIDEN AS JOE BIDEN BERSAMA KOMANDER DAN WILLOW
Presiden AS Joe Biden kini mempunyai dua haiwan peliharaan: Komander, seekor anjing jenis German Shepherd, dan Willow, kucing domestik Amerika.

Satu e-mel Perkhidmatan Perisikan AS mendedahkan bahawa Komander terlibat dalam beberapa insiden gigitan, termasuk di mana ia menggigit lengan dan paha seorang pegawai. Willow, sebaliknya, mendapat penghormatan menjadi kucing pertama yang tinggal di Rumah Putih sejak India, kucing hitam Presiden George W Bush.
Berbeza dengan Komander, Willow menjadi bahan cerita lucu, termasuk di mana ia akan tidur di atas kepala Presiden Biden pada waktu malam.
4. NEMO PILIHAN PRESIDEN PERANCIS EMMANUEL MACRON
Haiwan peliharaan Presiden Perancis Emmanuel Macron bukanlah ikan bernama Nemo yang popular tetapi anjing Labrador Retriever-Griffon berwarna hitam. Nemo yang dibela Presiden Macrons sejak 2017 juga mempunyai beberapa kisah lucu - termasuk insiden pada 2017 di mana ia didapati kencing di pendang api atau 'fireplace' di Istana Elysee, kediaman rasmi Encik Macron.

5. PRESIDEN INDONESIA JOKO WIDODO BELA KAMBING DAN KATAK
Pilihan haiwan peliharaan Presiden Indonesia Joko Widodo agak menarik. Selama bertahun-tahun, beliau dilaporkan membela pelbagai jenis haiwan termasuk katak, burung merpati dan burung nuri.

Pada 2017, Encik Widodo memuat naik video di laman YouTube peribadinya, menunjukkan kambing di kandang Istana Bogor. Beliau juga berkongsi kelahiran dua anak kambing, sebagai "rahmat daripada Tuhan dan menandakan perubahan baharu".
6. KENZIE PILIHAN PERDANA MENTERI KANADA JUSTIN TRUDEAU
Tidak banyak yang diketahui tentang Kenzie, haiwan kesayangan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau - selain anjing jenis Portuguese Water itu mula tinggal dengan keluarga Trudeau pada tahun 2016.

7. MAHARAJA JEPUN NARUHITO DAN YURI
Dilahirkan pada 2009, Yuri ialah seekor anjing jenis Akita yang dibela Maharaja Jepun Naruhito dan keluarganya.

Yuri turut membuat beberapa penampilan dalam khalayak awam, termasuk di hospis untuk menghiburkan warga emas dan pesakit yang tenat – menurut penerbitan Jepun The Asahi Shimbun.
Sumber : CNA/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.