Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Thailand promosikan Phuket sebagai lokasi menyelam

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) kini mempromosikan pulau Phuket sebagai lokasi menyelam terbaik di negara itu, sebagai persediaan pembukaan semula pelancongan untuk pelancong yang telah mendapat suntikan vaksin mulai 1 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand promosikan Phuket sebagai lokasi menyelam

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 Apr 2021 10:47PM Dikemas Kini : 11 Apr 2021 10:48PM

PHUKET: Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) kini mempromosikan pulau Phuket sebagai lokasi menyelam terbaik di negara itu, sebagai persediaan pembukaan semula pelancongan untuk pelancong yang telah mendapat suntikan vaksin mulai 1 Julai.

Pejabat TAT Phuket baru-baru ini menganjurkan ‘Projek Selamatkan Laut - Phuket’, bagi mempromosikan pelancongan mampan dan mewujudkan kesedaran dalam penjagaan marin bersama pemegang taruh, termasuk pelancong, penyelam dan juga pengendali kegiatan selaman.

Pengarah Pejabat TAT Phuket Nantasiri Ranasiri berkata kerja-kerja sukarelawan semakin meningkat dalam kalangan pelancong tempatan, terutamanya ke arah penjagaan alam semula jadi dan juga alam sekitar.

Beliau berkata aktiviti penjagaan laut memberikan peluang untuk penyelam mengambil bahagian dalam kesukarelawan sambil menikmati keindahan alam semula jadi di dalam laut.

“Kami berharap menerusi projek ini, kami akan menggalakkan pelancong yang bertanggungjawab dan mempromosikan sektor menyelam di Phuket, yang terjejas terus akibat penularan COVID-19,” katanya.

Thailand bercadang untuk memberikan kelonggaran terhadap kuarantin wajib kepada pelancong asing yang telah mengambil vaksin, yang tiba di pulau Phuket mulai 1 Julai bagi memulihkan semula industri pelancongan.

Dalam persediaan pembukaan semula itu, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk pulau itu akan diberi vaksin. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan