Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Thailand destinasi 'terbaik untuk bersara' di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand destinasi 'terbaik untuk bersara' di Asia

Pemandangan dari pantai di Hua Hin semasa matahari terbit. (Gambar: Jack Taylor/AFP)

BANGKOK: Thailand disifatkan sebagai antara "25 Tempat Terbaik untuk Bersara" oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022. 

‘The Land of Smiles’ itu menduduki tempat ke-11 dalam laporan berkenaan dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. 

Bangkok, Chiang Mai, dan Hua Hin adalah antara bandar pilihan popular dalam kalangan pesara.

Laporan itu turut mendedahkan individu bujang boleh menetap di Thailand dengan perbelanjaan sekitar AS$1,000 (S$1,355) sebulan dan sewa pangsapuri serendah AS$400 (S$542) hingga AS$500(S$678) sebulan.

Panama berada di tempat paling atas dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022 sebagai negara paling selamat, dimampui dan paling mesra di dunia – dengan purata skor 86.1.

Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketiga – diikuti Portugal, Ecuador, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol dan Uruguay.

Menurut International Living, negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberikan merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.

“Penyunting International Living menyusun, menyenarai dan menilai beberapa siri syarat termasuk kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ia adalah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpulkan di lapangan,” menurut kenyataan itu.

International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan liputan dan maklumat mendalam mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan