Skip to main content

Gaya Hidup

Thailand destinasi percutian keluarga paling popular di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Thailand menduduki tempat pertama dalam senarai destinasi paling digemari oleh para keluarga untuk musim panas 2023, menurut 12Go, sebuah agensi pelancongan online yang berpangkalan dan menawarkan khidmatnya kepada pasaran Asia dengan menjual tiket online untuk khidmat bas, feri dan kereta api.

Menurut 12Go dalam kenyataannya, analisis menunjukkan 10 negara di Asia yang digemari para pelancong dan senarai itu termasuk panduan perjalanan tentang destinasi-destinasi popular di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam, Kemboja, India, Singapura dan Sri Lanka.

Thailand menduduki tempat pertama, dengan Chiang Mai, Bangkok dan Koh Samui muncul sebagai destinasi percutian utama untuk keluarga.

Sementara itu, Indonesia mendapat tempat kedua dengan Sanur, Nusa Penida dan Kepulauan Gili, manakala Vietnam mendapat tempat ketiga dengan Hanoi, Da Nang dan Ninh Binh.

Filipina yang menduduki tempat keempat menampilkan destinasi-destinasi keluarga yang popular seperti Bohol, Cebu dan Manila, dan di tempat kelima ialah Malaysia dengan Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang.

Kemboja menduduki tempat keenam dengan Phnom Penh dan Siem Reap; tempat ketujuh jatuh ke tangan India, dengan bandar ikonik Agra, Jaipur dan Delhi; dan Sri Lanka di tempat kelapan, menampilkan tempat popular untuk perjalanan musim panas, termasuk Kandy dan Nuwara Eliya.

Tempat kesembilan pula milik Jepun dengan bandar-bandar dinamik seperti Tokyo dan Kyoto dan melengkapkan senarai itu ialah Singapura.

Senarai itu berdasarkan data tiket menyeluruh yang dikumpul oleh syarikat tersebut. Menganalisis tiket yang dijual sepanjang tahun, 12Go mengenal pasti destinasi-destinasi pelancongan yang paling popular dalam kalangan pelanggan.

Sepuluh destinasi percutian keluarga terbaik 12Go adalah sumber-sumber yang menakjubkan untuk memperkaya pengalaman, pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dan masa bersama keluarga.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita