Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terpaksa bersanding sendirian, pengantin lelaki ini tidak mampu tahan emosi

Anggaran Waktu Membaca:
Terpaksa bersanding sendirian, pengantin lelaki ini tidak mampu tahan emosi

(Gambar: SAYS)

Diterbitkan : 17 Nov 2022 10:38PM Dikemas Kini : 17 Nov 2022 10:38PM
GOMBAK: Seorang pengantin lelaki, Muhammad Iqbal Ishak, 21 tahun, menarik perhatian warganet selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24 tahun, memuat naik video di TikTok, suaminya itu duduk bersendirian di atas pelamin.

Encik Iqbal dilihat tidak dapat menahan sebak di hati dan menitiskan air mata di hari bahagianya itu.

Encik Iqbal, seorang anggota polis, berkata majlis persandingan sepatutnya berlangsung pada 12 Disember lalu. Namun, dia disuruh bertugas pada hari tersebut dan majlis persandingan terpaksa dijadualkan semula, lapor Harian Metro.

Tambah beliau, isterinya mengambil keputusan untuk mengadakan persandingan pada 22 September 2022, sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

"Dua minggu sebelum majlis persandingan, kami cuba busana pengantin. Pada masa itu, semua persiapan majlis sudah lengkap dibuat," kata Encik Iqbal.

Malangnya, sehari sebelum majlis, beliau terpaksa membawa isterinya berjumpa dengan doktor kerana mengalami alahan yang teruk dan berkeadaan lemah.

Cik Syafiqah dirujuk ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad bagi rawatan lanjut.

Encik Iqbal cuba meminta doktor untuk membenarkan isterinya keluar buat sehari, namun dinasihatkan supaya membiarkan beliau menerima rawatan di hospital walaupun majlis persandingan akan dijalankan.

Pasangan itu membuat keputusan untuk meneruskan majlis tersebut kerana keluarga Cik Syafiqah sudah terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur bagi acara itu, menurut portal SAYS.

"Saya cuba kawal emosi semasa jalan seorang diri ke pelamin," katanya.

"Tetamu yang hadir juga terkejut ketika melihat saya seorang diri, namun mereka lebih memahami setelah pengacara majlis menjelaskan apa yang berlaku kepada isteri saya."
 
Sumber : Agensi berita/AE/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa