Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terokai pengalaman menyeluruh & canggih di butik jam tangan di ION Orchard ini

Hublot ION Orchard, butik jenama tunggal keduanya di sini, tawarkan pengalaman canggih untuk tatap dengan lebih dekat jam-jam tangan mewahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Terokai pengalaman menyeluruh & canggih di butik jam tangan di ION Orchard ini

Butik Hublot di ION Orchard (Gambar: Hublot)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 01:39PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 01:51PM

SINGAPURA: Pembuat jam tangan Switzerland Hublot kini mempunyai butik jenama tunggal di kawasan beli-belah utama Singapura. Butik seluas 91 meter persegi yang terletak di tingkat dua ION Orchard, adalah butiknya yang terbesar di Singapura.

Ini adalah butik kedua Hublot di sini, selepas butik pertama yang terletak di Marina Bay Sands.

Pembukaan Hublot ION Orchard menandakan kerjasama empat dekad jenama itu dengan The Hour Glass di Asia Tenggara.

“Kami berbesar hati dengan pembukaan butik kedua Hublot di ION Orchard, terletak di tengah-tengah kawasan beli-belah mewah Singapura. Ini merupakan butik kesembilan jenama ini di Asia Tenggara dan bukti sambutan hangat kepada etos dan jam tangan Hublot dalam salah satu pasaran paling sofistikated di dunia, kata Pengarah Urusan Kumpulan The Hour Glass, Michael Tay.

Menyerlahkan lagi cogan kata jenama itu, iaitu Art of Fusion, Hublot ION Orchard direka untuk menjadi pengalaman yang. Rekaan dalaman butik menampilkan gabungan bahan unik dan mewah, termasuk lantai marmar kelabu, dihiasi perlengkapan kulit warna grafit dan perkakas kaca serta keluli tahan karat yang digilap, candelier kaca berwarna hitam, lukisan pop-art dan banyak lagi.

(Gambar: Hublot)

(Gambar: Hublot)

Namun apa yang paling menarik adalah inovasi canggih butik ini, termasuk meja iFusion di mana para pengunjung boleh meneroka secara maya tawaran jam-jam tangan Hublot.

Meja iFusion menampilkan empat skrin sentuhan yang dihubungkan dengan jam tangan Hublot. Menerusi ciri ini, para tetamu boleh meneroka secara digital semua ciri-ciri jam tangan.

Meja iFusion juga menawarkan siri permainan yang membolehkan pengunjung meneroka dunia Hublot dan ciri-ciri halus jamnya untuk tatapan mereka.

CEO Hublot, Richard Guadalupe berkata: “Butik jenama tunggal akan terus menjadi strategi utama bagi Hublot kerana ia membolehkan klien kekal dekat dengan pembangunan yang berlaku di Switzerland".

Ujar beliau lagi: "Ini adalah butik ke-122 di dunia, yang membuktikan bahawa golongan penggemar jam mewah sangat menghargai pengalaman asli pembikinan jam tangan canggih oleh salah satu gergasi industri."

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan