Terlepas peluang tempah tiket Muzium Aiskrim? Ini caranya anda menangi tiket percuma
Anda terlepas peluang untuk mendapatkan tiket ke Muzium Aiskrim di Dempsey pada Ogos ini atau mungkin harga tiketnya sebanyak $38 terlalu mahal?

Muzium Ais Krim akan dibuka di Dempsey menjelang Ogos ini. (Gambar: 8days.sg)
SINGAPURA: Anda terlepas peluang untuk mendapatkan tiket ke Muzium Aiskrim di Dempsey pada Ogos ini atau mungkin harga tiketnya sebanyak $38 terlalu mahal?
Ini berita baik bagi anda!
Pihak penganjur, MOIC Singapore akan memberikan tiket percuma pada hujung minggu ini dan minggu depan menerusi permainan mencari harta karun!
Golden Ticker Scavenger Hunt akan berlangsung dari 19 hingga 20 Jun dan dari 26 hingga 27 Jun, di mana anda berpeluang memenangi empat pasang tiket yang akan disembunyikan di empat lokasi rahsia merata Singapura.
Ini bermakna hanya sepasang tiket boleh dimenangi setiap hari dan setiap tiket sah digunakan untuk apa jua slot sehingga 26 September 2021.
Muzium Aiskrim di Dempsey adalah lokasi pertama di luar Amerika Syarikat.
Anda tidak akan menemui artifak-artifak lama di muzium itu.
Sebaliknya, terdapat 14 daya tarikan termasuk 'hutan' yang diisi dengan 10,000 pisang.

Slot-slot hujung minggu pada bulan Ogos sudahpun habis ditempah dalam tempoh hanya 48 jam apabila tiket mula dijual pada awal April lalu. Namun jika anda terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, anda boleh mencuba nasib dengan menyertai permainan mencari harta karun ini.
Permainan itu akan bermula tepat pukul 1.00 tengah hari pada 19, 20, 26 dan 27 Jun. Sebelum bermula, anda boleh mendapatkan maklumat daripada akaun Instagram Muzium Aiskrim mulai 18 Jun.
Jagan lupa mematuhi langkah-langkah jarak selamat. Pakai pelitup sepanjang masa dan jaga jarak anda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.