Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terlalu banyak makan garam, awas 6 penyakit ini

Garam biasanya sudah menjadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan daripada hidup kita. Bagaimanapun, perlu diingat pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Terlalu banyak makan garam, awas 6 penyakit ini

Gambar hiasan garam.

Diterbitkan : 20 Nov 2019 10:22PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 10:27PM

KUALA LUMPUR: Garam biasanya sudah menjadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan daripada hidup kita. Bagaimanapun, perlu diingat pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.

Malahan, ada beberapa penyakit yang tiba-tiba muncul jika terlalu banyak menggunakan garam dalam makanan. Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh mengambil garam sama sekali.

Menjaga kadarnya adalah hal yang penting, sebab garam juga memiliki beberapa manfaat untuk tubuh kita. Garam atau sodium, dalam jumlah yang mencukupi, diperlukan untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan berperanan dalam menjaga fungsi saraf serta otot.

Mungkin anda sering mendengar jika banyak makan garam boleh menyebabkan darah tinggi.

Hal ini tidaklah salah. Bagaimanapun perlu diketahui ada penyakit lain yang boleh dihidapi akibat terlebih mengambil garam, antara penyakit itu adalah:

1. Penyakit jantung

Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua pertiga daripada seluruh kes angin ahmar dan separuh kes penyakit jantung disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.

2. Penyakit ginjal

Penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam dalam tubuh.

Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam dalam tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul dalam tubuh dan menyebabkan naiknya tekanan darah.

3. Osteoporosis

Jumlah kalsium yang keluar melalui air kencing akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam dalam tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.

Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.

4. Barah

Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang menghidap barah perut.

5. Hipernatremia

Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang berlaku saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.

Akibatnya, pengumpulan garam berlaku, sekali gus menyebabkan gangguan metabolisme dalam tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul pada organ tubuh, termasuk otak.

Hal ini boleh menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.

6. Gangguan saraf

Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.

Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf agar kekal normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan