Tempahan bagi 'rumah kecil' di Pulau Sekijang Pelepah dibuka pada Mei
Mereka yang tidak sabar untuk bermalam di "rumah kecil" mesra alam di Pulau Sekijang Pelepah (Pulau Lazarus) boleh mula membuat tempahan pada Mei.

(Gambar: SDC)
SINGAPURA: Mereka yang tidak sabar untuk bermalam di "rumah kecil" mesra alam di Pulau Sekijang Pelepah (Pulau Lazarus) boleh mula membuat tempahan pada Mei.
Harga bagi lima unit berasingan - masing-masing berukuran antara 150 dengan 170 kaki persegi akan diumumkan menjelang hujung bulan depan, menurut pengendali Big Tiny.
Setakat Rabu (8 Mac), lebih 600 orang telah mendaftar online untuk mendapatkan potongan harga awal.
Harga promosi itu "lebih kurang sama" dengan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut di Australia, iaitu bermula daripada AUD199 (sekitar S$178) bagi satu malam, menurut pengasas bersama Big Tiny, Jeff Yeo kepada Mediacorp.
Syarikat itu menyatakan ia kini berada di "peringkat akhir" persiapan dan tempat penginapan itu akan siap menjelang April, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Big Tiny membuka tempahan kepada rakan-rakan korporat dan pelanggan serta pihak media dan kakitangannya pada di fasa awal sebelum menerima tempahan daripada orang ramai pada Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.