Telefon bijak terkini Huawei P30 dilancarkan di S'pura
Telefon bijak terkini siri P30 keluaran syarikat telekomunikasi China yang terkemuka, Huawei, habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja pada hari ia dilancarkan hari ini (6 Apr).
SINGAPURA: Telefon bijak terkini siri P30 keluaran syarikat telekomunikasi China yang terkemuka, Huawei, habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja pada hari ia dilancarkan hari ini (6 Apr).
Singapura adalah satu daripada negara pertama di Asia yang menawarkan model itu.
Sebahagian bakal pembelinya malah sanggup beratur sejak 9.00 malam semalam (5 Apr) di tempat pelancaran penjualannya di Vivocity.
Ketika kaunter-kaunter penjualan dibuka pada 10.00 pagi tadi, hampir 600 orang sudah menunggu untuk membelinya.
(Gambar: Huawei Mobile/Facebook)
Lebih 1,000 telefon terbaru siri P30 dijual semasa pelancarannya itu.
Salah satu ciri istimewanya adalah kamera dengan kemampuan zum 50 kali. Ini bermakna, pengguna boleh memetik gambar sesuatu objek dari jarak jauh sehingga 580 meter.
Dengan rangkaian khidmat 5G bakal digunakan kelak, Huawei berkata ia yakin akan prospek berpotensi yang hadir bersamanya apabila standard baru tersebut mula dilancarkan di Singapura.
"Kami masih lagi dalam perbincangan bersama para pengendali tentang 5G bagi pasaran Singapura. Pada 2009, kami sudahpun memulakan penyelidikan 5G dan kami mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menjadi perintis serta pemimpin dalam bahagian 5G," kata Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Singapura, Xu ChengFei.
"Kami ada keupayaan untuk melancarkan telefon-telefon 5G dalam pasaran Singapura namun untuk butiran lanjut, kami masih lagi menanti bagi pengesahan muktamad."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.