Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tekanan antara punca rambut gugur

Anggaran Waktu Membaca:
Tekanan antara punca rambut gugur

(Gambar: Burakkarademir/Getty Images)

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa yang boleh mengelak daripada rasa tekanan, sama ada di tempat kerja, sekolah atau di rumah sekalipun, ia boleh mengundang pelbagai masalah, termasuk keguguran rambut. 

Menurut kajian, jumlah individu yang cenderung mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat tekanan adalah sekitar 67 hingga 97 peratus. 

Lebih tepat, jenis tekanan yang dimaksudkan di sini adalah stres psikososial, di mana individu akan mula berasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka. 

Misalnya, seseorang individu yang mula berasa sakit hati atau cemburu terhadap orang di sekeliling mereka yang lebih berjaya berbanding diri mereka sendiri. 

Tekanan sejenis ini kemudiannya akan memberi kesan yang buruk terhadap tubuh badan inidivdu itu, khususnya kepada rambut sekali gus menyebabkan masalah rambut gugur atau botak. 

Ini berlaku menerusi tiga kaedah utama: 

Alopecia areata 

Alopecia areata adalah kondisi berkaitan penyakit autoimun yang menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala, lantas mengakibatkan masalah rambut.

Selain kulit kepala, ia juga menjejas kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki, atau ketiak.

Masalah keguguran rambut yang boleh dicetuskan oleh tekanan ini biasanya akan bermula dengan pola kecil dan agresif serta berakhir dengan kebotakan rambut sepenuhnya. 

Telogen effluvium

Telogen effluvium merupakan kondisi berkaitan gangguan pada sistem kitaran pertumbuhan rambut yang akan menjejas kadar rambut tumbuh atau keguguran normal.

Kebiasaannya, individu mungkin akan kehilangan sekitar seratus helai rambut dalam masa sehari. Namun, tekanan adalah punca jumlah ini bertambah dengan lebih banyak.

Selepas rambut gugur, proses untuk menggantikannya akan berjalan seperti biasa.Namun, proses ini terhambat akibat gangguan emosi. 

Selain tekanan, masalah emosi lain yang juga boleh jadi punca permasalahan rambut ini adalah kemurungan, kegelisahan atau gejolak emosi lain dalam diri individu.

Trikotilomania

Trikotilomania merupakan kondisi berkaitan tindak balas antara psikologi dan fisiologi di mana individu cenderung menarik dan mencengkam rambut mereka sendiri.

Situasi ini mungkin akan berlaku angkara tekanan sehingga menyebabkan mereka merosakkan rambut sendiri, sekali gus mengakibatkan masalah keguguran dan kebotakan.

Namun, masalah rambut gara-gara tekanan atau sebarang gangguan emosi sebenarnya boleh dicegah atau dielakkan sekiranya anda tahu cara untuk mengawal emosi. 

Berikut adalah beberapa cara anda dapat mengatasi masalah keguguran rambut: 

- Amalkan gaya hidup lebih sihat agar dapat mengawal emosi anda. 

- Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Kira-kira 7 hingga 8 jam sehari adalah waktu berehat yang paling ideal.

- Pastikan anda dapat khasiat-khasiat penting dalam pemakanan seharian anda, khususnya mengambil sumber protein dengan secukupnya.

Ini kerana rambut itu dihasilkan daripada sumber protein keratin. Dalam usaha menumbuhkan dan melebatkan rambut, anda harus mendapatkan lebih banyak protein dalam badan.

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan