Tekak kering, cepat rasa haus pada musim panas? Elak minuman berais berlebihan demi kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)
SINGAPURA: Apabila cuaca panas terik dan suhu mencecah puncak, menikmati segelas air berais pastinya akan membuat tekak yang kering rasa sejuk dan nyaman tidak terhingga. Tapi, menurut kajian, ia bukanlah sesuatu yang baik dan sihat untuk kesihatan tubuh jika tabiat ini berlarutan.
Setiap kali tibanya musim panas, rasa bahang bukan sahaja mudah membuat tubuh rasa cepat letih, tapi juga berpeluh membuat kulit rasa melekit sepanjang hari. Lantas, tidak hairanlah jika air sejuk terutamanya yang penuh dengan ketulan ais, menjadi pilihan bagi ramai untuk melegakan tekak yang terasa kering dan haus.
Walaupun minuman berais menyegarkan dan dapat memberi kelegaan dan kesegaran segera, menikmatinya terlalu kerap boleh memberi kesan yang kurang baik pada kesihatan. Ramai yang tidak sedar bahawa sesuatu yang kelihatan biasa sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang kepada tubuh.
Jadi, sebelum anda mencapai segelas minuman berais setelah makan tengahari atau selepas berjalan di bawah terik matahari, fahami terlebih dahulu risiko kepada badan apabila kita kerap mengambil air berais secara berlebihan dan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

4 KESAN MINUM MINUMAN BERAIS SECARA BERTERUSAN
Minuman berperisa dan berais sememangnya menyegarkan, apatah lagi di tengah cuaca panas atau selepas menikmati sajian. Namun, jika diamalkan terlalu kerap, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh yang tidak diketahui ramai. Antaranya:
Gangguan sistem pencernaan
Air yang terlalu sejuk boleh menyebabkan saluran darah di sekitar perut mengecut secara tiba-tiba, sekali gus mengganggu kelancaran proses pencernaan. Setiap tubuh memerlukan suhu dalaman yang stabil untuk proses makanan dan menyerap nutrien dengan baik.
Lantas, apabila perut 'dikejutkan' dengan air sejuk, proses ini menjadi perlahan dan nutrien penting akan lebih sukar untuk serap sepenuhnya. Akibatnya, tubuh mudah berasa letih walaupun anda telah makan dengan cukup.

Degupan jantung menjadi perlahan
Minuman berais yang terlalu sejuk juga didapati boleh merangsang saraf yang membantu mengawal kadar degupan jantung serta fungsi sistem saraf autonomi. Apabila saraf ini dirangsang secara berlebihan, ia boleh menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan secara tiba-tiba. Keadaan ini boleh membahayakan, khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau tekanan darah rendah.
Penyerapan khasiat terjejas
Apabila anda minum air sejuk, tubuh terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga untuk menstabilkan suhu dalaman. Tenaga ini sepatutnya digunakan untuk pencernaan dan penyerapan khasiat.
Akibatnya tubuh mungkin tidak dapat menyerap zat dari makanan secara berkesan, menyebabkan anda berasa lesu, kurang fokus, atau cepat lapar walaupun baru sahaja menikmati sajian.
Risiko sakit tekak dan sistem imun melemah
Minuman sejuk juga boleh meningkatkan penghasilan lendir di saluran pernafasan. Lendir yang berlebihan ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus, menyebabkan anda mudah dapat sakit tekak, suara serak, atau batuk yang berpanjangan. Dalam situasi yang lebih serius, ia boleh membawa kepada jangkitan seperti radang tekak atau tonsilitis

Individu yang mempunyai alahan, masalah seperti sinus atau sistem imun yang lemah didapati lebih terdedah kepada jangkitan seperti radang tekak atau tonsilitis. Oleh itu cuba elak menikmati minuman berais setiap hari.
AIR SUAM PILIHAN TEPAT
Dalam dunia yang sentiasa mencari keselesaan segera, air suam sering dipandang remeh. Tapi sebenarnya, ia pilihan paling ideal untuk sistem tubuh kita, terutamanya selepas makan atau ketika badan letih.
Air suam membantu sistem penghadaman bekerja lebih lancar, membantu detoksifikasi semula jadi badan, dan sekaligus membantu melancarkan peredaran darah. Jika diambil bersama perahan lemon segar, ia bukan saja menyegarkan malah boleh membantu mengurangkan rasa kembung dan meningkatkan metabolisme.
Satu lagi, ia dapat membantu tubuh untuk menyerap air dengan lebih berkesan, jadi kita lebih cepat hidrat dan kekal bertenaga lebih lama, lebih-lebih lagi dalam musim panas yang menguji stamina.

TIP TUBUH HIDRAT PADA MUSIM PANAS
Walaupun minuman berais adalah pilihan yang kurang baik untuk tubuh, tapi tidak salah jika ingin menikmatinya sekali sekala. Yang penting, sentiasa peka dengan isyarat tubuh sendiri. Kalau rasa mudah letih, senang sakit tekak, atau kerap alami gangguan pencernaan, mungkin dah tiba masa untuk ubah tabiat minuman seharian.
Dalam cuaca tropika yang semakin hangat, kita perlu lebih bijak mengatur corak minuman dan pemakanan seharian. Tidak sukar, anda harus disiplin dan memastikan untuk mengamalkan enam rutin mudah berikut untuk kekal sihat dan tubuh hidrat.

- Minum air suhu bilik atau suam secara konsisten sepanjang hari, bukan hanya bila dahaga.
- Elakkan minuman terlalu manis atau bergas walaupun ia sejuk kerana ia tidak dapat membantu dari segi hidrasi.
- Amalkan buah-buahan kaya air seperti tembikai, timun, betik dan strawberi.
- Kurangkan pengambilan ais selepas makan berat untuk bantu pencernaan berjalan lancar.
- Perhatikan tanda awal dehidrasi: bibir kering, sakit kepala ringan, dan kurang kencing.
- Rehat secukupnya dan elakkan aktiviti berat atau beriadah di luar ketika cuaca puncak panas
Secara ringkas, walaupun minum berais bukanlah pilihan yang baik untuk tubuh, ia tidak bermakna anda tidak boleh menikmatinya sama sekali. Minum ais sekali-sekala memang tiada salahnya, tetapi elakkan pengambilan yang berlebihan. Utamakan keseimbangan untuk menjaga sistem tubuh dan kekal sihat untuk jangka yang panjang.
Mulai hari ini, cubalah lebihkan air suam atau suhu bilik. Bukan saja lebih sihat, tapi badan pun akan rasa lebih ringan, selesa dan bertenaga walaupun matahari di luar sedang ‘garang’ membahang.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.