Tayangan perdana Transformers: Rise of the Beast diadakan di Marina Bay Sands 27 Mei
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/David Becker)
SINGAPURA: Ini berita baik bagi para peminat Transformers! Tayangan perdana dunia 'Transformers: Rise of the Beast' yang dinanti-nantikan akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada Sabtu (27 Mei).
Kawasan sekitar perairan di Muzium ArtScience akan bermandikan cahaya piroteknik dan persembahan lampu sedang para pelakon terkenal serta pembuat filem berjalan di permaidani merah.
Kawasan sesiaran (promenade) itu akan dijadikan tapak pendaratan Mirage, iaitu robot Autobot yang akan membuat penampilan pertamanya di Asia berikutan pelancaran patung Optimus Prime dan Optimus Primal di Taman di Persisiran.
Patung Mirage setinggi 4.5 meter itu akan berada di Singapura hanya selama tiga hari dari 26 hingga 28 Mei 2023, dan akan berada di pintu masuk Muzium ArtScience.
Para peminat Transformers boleh mengikuti sesi bertemu peminat untuk bergambar dan merakam video untuk mengabadikan kenangan bersama Autobot tersebut.
Pada petang 27 Mei, Mirage akan disertai rombongan besar 'blockbuster' oleh bintang-bintang terkenal yang ke Singapura buat pertama kali sejak 2019.
Pengarah Steven Caple Jr., penerbit Lorenzo Di Bonaventura dan Mark Vahradian, serta pelakon
Anthony Ramos, Dominique Fishback dan Tobe Nwigwe, akan berada di Singapura untuk meraikan tayangan perdana filem itu bersama pihak media dan pencipta kandungan dari seluruh dunia.
Mengikut gaya Transformers yang epik, para tetamu dan penonton di sekitar Muzium ArtScience dan Marina Bay akan disajikan dengan tayangan audio visual yang akan menerangi kawasan itu serta langit pada malam tersebut.
APA LAGI YANG PERLU ANDA TAHU
Acara: Permaidani Merah Transformers: Rise of the Beasts
Tarikh: 27 Mei, Sabtu
Waktu: 6.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat: Luar Muzium ArtScience
Tempat paling sesuai untuk mendapatkan pemandangan terbaik adalah berdekatan pintu masuk Muzium, tangga menghala ke Jambatan Helix, dan dua pod pertama di Jambatan Helix paling dekat dengan Marina Bay Sands.
Selain itu, dua skrin LED akan disediakan untuk menyiarkan acara langsung di kawasan kolam teratai Muzium ArtScience.
Para pengunjung digesa untuk menaiki kenderaan awam untuk memudahkan perjalanan disebabkan jumlah besar pengunjung yang dijangkakan di kawasan itu.
Untuk maklumat lanjut tentang akses bagi orang ramai, lungsuri https://www.marinabaysands.com/RiseofTheBeasts.
Bagi sebarang berita menarik tentang Tayangan Perdana Dunia Singapura Transformers: Rise of the Beasts, lungsuri https://www.uip.com.sg/transformers-rise-of-the-beasts-world-premiere/ dan https://www.marinabaysands.com/RiseofTheBeasts.

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.