Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman tema terbaru Harry Potter dibuka di Tokyo pada Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema terbaru Harry Potter dibuka di Tokyo pada Jun

(Gambar: Warner Bros Studio Tour Japan)

TOKYO: Warner Brothers Studio mengumumkan pada Rabu (15 Mac) bahawa sebuah taman bertema Harry Potter yang baru dijadualkan dibuka di Tokyo, Jepun pada 16 Jun.

Dipanggil ' Warner Bros Studio Tour Tokyo – The Making Of Harry Potter', pengunjung ke daya tarikan tersebut berpeluang ke belakang tabir untuk mengetahui bagaimana filem Harry Potter dihasilkan.

Ia juga akan menyertakan filem-filem 'Fantastic Beasts' dan uar-uarkan sebagai taman bertema Harry Potter terbesar di dunia.

Daya tarikan itu juga merupakan jelajah studio Harry Potter yang kedua seumpamanya di dunia dan yang pertama di Asia.

Jelajah studio pertama Harry Potter terletak di London dan dibuka pada 2012.

Daya tarikan bertemakan Harry Potter itu kini sedang dalam pembinaan di bekas tapak taman hiburan Toshimaen di Nerima. Toshimaen ditutup pada 2020.

Jelajah studio tersebut bakal menampilkan set penggambaran eksklusif yang hanya tersedia di Jepun. Para pengunjung boleh meneroka set-set ikonik daripada filem tersebut, termasuk Platform 9¾, di mana mereka boleh menaiki kereta api Hogwarts Express, jalan-jalan di Diagon Alley dan menjenguk tingkap setiap kedai atau meneroka Dewan Utama di Hogwarts.

Lawatan itu turut menampilkan prop sebenar, kostum asal serta menawarkan pengalaman interaktif bagi pengunjung.

Penjualan tiket awal bagi taman baru Harry Potter itu bermula pada 22 Mac. Tiket harus dibeli lebih awal sebelum kunjungan dan tidak tersedia di tempat tersebut.

Tiket bagi dewasa berharga 6,300 yen (S$64) setiap satu, sementara tiket junior untuk mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun berharga 5,200 yen (S$53) setiap satu. Kanak-kanak pula hanya perlu membayar 3,800 yen (S$39) seorang. Kanak-kanak bawah empat tahun masuk percuma.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan