Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman tema Jumanji pertama di dunia dibuka di UK

Anggaran Waktu Membaca:
UNITED KINGDOM: Taman tema Jumaji yang pertama di dunia telah dibuka di United Kingdom.

Bertempat di Resort Chessington World of Adventures, taman itu diilhamkan daripada filem cereka 1995 mengenai permainan papan magik (dan kemudian sebuah permainan video dalam filem pada 2017) yang membawa pemainnya ke alam semesta alternatif. Daya tarikan itu dibuka kepada umum pada Isnin (15 Mei) dan terletak hanya sekitar 37 minit dari London jika anda memandu kereta.

Pengunjung boleh mencuba tiga permianan mendebarkan termasuk n 'Mandrill Mayhem', rollercoaster pertama Jumanji di dunia yang menawarkan pengunjung pengalaman diterbalikkan pada kelajuan 68km/j, selain 'Ostrich Stampede' dan 'Mamba Strike'.

Pengunjung juga berpeluang untuk menginap di bilik tidur bertemakan Jumanji di Hotel Safari Chessington.

Terdapat juga kegiatan lain yang bertema di sekitar pekarangan tersebut, termasuk laluan 'maze' yang diilhamkan daripada permainan board game dalam filem lakonan Robin Williams yang asal, dan gerai yang menjual kudapan ringan bertema.

Tiket berharga £60 (S$100) seorang atau £34 ($57) jika anda membelinya online.

Jika United Kingdom agak jauh bagi anda, terdapat Aquaverse Columbia Pictures di Thailand.

Taman tema air tersebut, yang terletak di bandar tepi laut Bangsaray, kira-kira 20 minit dari Pattaya dan 90 minit dari Bangkok - mempunyai pelbagai tarikan yang diilhamkan oleh francais popular Sony Pictures, termasuk gelongsor air bertemakan hutan rimba yang dipanggil Zon Jumanji.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan