Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman kontena F&B terbuka terbesar di Singapura bakal dilancar pada 29 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Taman kontena F&B terbuka terbesar di Singapura bakal dilancar pada 29 Jan

(Gambar: Taman Kontena Cosford)


SINGAPURA: Mulai Isnin (29 Jan), Changi akan mempunyai satu lagi tempat popular yang memenuhi citarasa warga Singapura dan para pelancong. Taman Kontena Cosford bakal menjadi taman kontena makanan dan minuman (F&B) terbuka yang terbesar di Singapura.

Terletak di 30 Cosford Road, ia akan menyediakan makanan seperti ayam goreng Korea dan daging salai.

Mereka yang ingin menenangkan diri selepas seminggu penat bekerja boleh menyaksikan persembahan, meluangkan masa di gerai permainan karnival dan menikmati pemandangan landasan pesawat Lapangan Terbang Changi yang indah di Taman Kontena Cosford.

Tapak tersebut mempunyai ruang seluas kira-kira 35,000 kaki persegi dan menyediakan lebih 340 tempat duduk bagi
tempat makan di dalam dan di luar.

Berikut adalah antara perniagaan yang membuka gerai di Taman Kontena Cosford:

1. School Of Cambridge
2. The Blue Lobster
3. Let’s BBQ Bar
4. Boon Tat Street Seafood
5. ETC [Eat That Chicken]
6. Streets Of Bangkok
7. The Slice House
8. JJ Games
9. Tarts Man
10. Hello Butter Chicken
11. Cluny & Luk’ers
12. Creamy Duck
13. Ishiro

Mereka yang bimbang tentang perjalanan ke Taman Kontena Cosford tidak perlu risau, kerana khidmat bas harian ulang-alik percuma disediakan dari pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam, yang akan membawa penumpang dari Upper Changi Road North ke taman tersebut.


Taman Kontena Cosford terletak di 30 Cosford Road, Singapore 499550. Ia akan dibuka pada 29 Januari.

Waktu operasi pada Isnin hingga Jumaat adalah dari 11.00 pagi hingga 1.00 pagi. Bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, ia beroperasi dari 8.30 pagi hingga 1.00 pagi.

Ikuti mereka di Instagram bagi maklumat lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan