Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman berbasikal dibuka di East Coast Park

Mereka yang ada cita-cita jadi pelumba basikal kini ada ruang khusus untuk berlatih. Ini dengan adanya satu kemudahan baru yang dibina di bekas tapak Chalet Goldkist di East Coast Park oleh Lembaga Taman Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman berbasikal dibuka di East Coast Park

Taman berbasikal yang baru dibuka di East Coast Park. (Gambar: NParks)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 08:56PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 09:01PM

SINGAPURA: Mereka yang ada cita-cita jadi pelumba basikal kini ada ruang khusus untuk berlatih. Ini dengan adanya satu kemudahan baru yang dibina di bekas tapak Chalet Goldkist di East Coast Park oleh Lembaga Taman Negara.

Taman berbasikal tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan semula kawasan itu.

Ia dibuka rasmi oleh para Anggota Parlimen Marine Parade, Encik Goh Chok Tong dan Encik Edwin Tong hari ini (23 Nov).

Antara ciri kemudahan itu termasuk litar sepanjang 280 meter yang selamat bagi mereka yang baru sahaja ingin belajar berbasikal.

Mereka yang handal pula boleh mencuba litar lebih mencabar sepanjang 500 meter.

Di satu sudut, ada tempat bermain semula jadi bagi keluarga dengan anak-anak kecil. Tempat bermain itu dibina dengan menggunakan kayu yang dikitar semula.

"Kemudahan ini menjadi hab sehenti terbaik bagi mereka yang suka berbasikal. Anda dengan mudah boleh ke tempat ini menerusi Rangkaian Penghubung Taman," kata Pengarah Pembangunan Taman NParks, Cik Kartini Omar.

Tempat makan, kedai jajan dan kedai basikal juga dibuka di kemudahan baru di East Coast Park itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan