Skip to main content

Gaya Hidup

Takashimaya rai 60 tahun hubungan diplomatik SG-Jepun dengan produk eksklusif, pesta makanan

Takashimaya akan meraikan 60 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dengan Jepun menerusi pelbagai acara dan tawaran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Takashimaya rai 60 tahun hubungan diplomatik SG-Jepun dengan produk eksklusif, pesta makanan

Takashimaya terletak di Ngee Ann City. (Gambar: Wikimedia Commons/Chainwit)

Diterbitkan : 28 Sep 2026 11:51PM
  • Takashimaya meraikan 60 tahun hubungan diplomatik Singapura-Jepun dari 29 September hingga 11 Oktober dengan acara, tawaran dan bengkel jenama Jepun.
  • Bandai menawarkan produk eksklusif Tamagotchi dan Ultraman, manakala Sanrio menampilkan kerjasama khas berciri Singapura serta plush edisi peringatan.
  • Fujifilm menyediakan demonstrasi langsung dan pengalaman praktikal, sementara Hakuhodo menawarkan set berus premium kepada pengunjung Takashimaya.
  • Pesta makanan di Aras B2 melibatkan Ippodo Tea, Cheese Garden dan Iwazumi, selain persembahan serta sesi bersama pasukan bola sepak wanita Singapura pada 3 dan 4 Oktober.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Takashimaya akan meraikan 60 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dengan Jepun menerusi pelbagai acara dan tawaran. Dari 29 September hingga 11 Oktober, pelbagai produk eksklusif ditampilkan selain tawaran istimewa dan bengkel daripada pelbagai jenama Jepun di Takashimaya.

Sebagai contoh, pengeluar mainan popular Bandai akan menawarkan produk eksklusif Tamagotchi dan Ultraman.

Bagi para peminat Sanrio pula, mereka boleh menjangkakan kerjasama khas yang memberikan sentuhan Singapura kepada watak-watak ikonik Sanrio dengan menggunakan slanga Singapura yang tidak asing lagi. Malah, patung mainan (plush) edisi peringatan yang eksklusif juga akan diperkenalkan sempena sambutan itu.

Antara jenama lain yang boleh dijangkakan ialah Fujifilm, yang akan mengadakan demonstrasi secara langsung dan pengalaman praktikal, serta berus solekan jenama Hakuhodo yang menawarkan set berus premiumnya.

Sepanjang tempoh acara tersebut, pesta makanan akan turut diadakan di Aras B2, dengan penyertaan jenama seperti Ippodo Tea, Cheese Garden dan Iwazumi.

Pada 3 dan 4 Oktober, para pengunjung boleh menikmati persembahan secara langsung daripada pelbagai kumpulan tarian dan vokal, selain sesi ramah mesra dengan pasukan bola sepak wanita kebangsaan Singapura dan ketua jurulatih mereka, Mihoko Ishida.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita