Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tak sempat buat kuih raya sendiri? Ini senarai kuih 'tunjuk'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selain ketupat, rendang dan aneka lauk pauk, antara persiapan penting yang mesti ada semasa meraikan Syawal sudah pasti, kuih raya.

Tetamu yang datang berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih dan kek raya yang tampil dalam aneka corak dan warna. Setiap satu mempunyai keunikan yang tersendiri, tidak kiralah sama ada ia dibeli atau buat sendiri.

Namun bagi yang tiada masa dan sibuk bertugas atau berdepan kekangan masa, anda tidak perlu risau tentang bila nak buat kuih. Dalam zaman moden ini terdapat pelbagai kemudahan untuk beli atau tempah kuih. Antaranya, pembelian melalui online yang semakin mendapat sambutan.

Menjimatkan masa kerana anda tidak perlu keluar rumah. Hanya perlu lungsur internet, buat pilihan dan bayar. Selang beberapa hari kuih muih yang ditempah akan dihantar di depan pintu rumah.

Bagi yang sedang mencari-cari tempat untuk beli kuih dan kek raya, 12 laman berikut menawarkan kepelbagaian. Mudah dan menjimatkan masa, anda tidak perlu sibuk menguli tepung dan bakar kuih di rumah.

KLIK DAN TEMPAH
Annabella Patisserie

Bukan sahaja terkenal dengan macaron aneka warna dan perisa, tapi juga meringue pandan, rose dan coklat. Bagi penggemar kuih tat, anda boleh dapatkan tat onde-onde dan Nutella yang lembut lagi enak selain pelbagai pilihan biskut popular yang lain seperti cornflakes dan kranberi.

Setiap kuih yang dijual diletakkan di dalam balang kuih yang comel dan sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada teman-teman dan saudara mara. Harganya juga berpatutan bermula dari $13.90. Penghantaran percuma untuk pembelian dalam talian melebihi $30.

Layari IG: @annabellapatisserie atau www.abp.sg
Happy Halal Cookies

Happy Halal Cookies menawarkan pelbagai jenis biskut, dari kuih tat, coklat cip, tat nanas, suji, biskut makmur, oreo, dahlia, popiah pedas udang, London chocolate almond dan banyak lagi. Bukan setakat biskut sahaja, anda juga boleh buat pesanan kek lapis, biskut kepit, rempeyek ikan bilis, kuih gulung dan banyak lagi.

Tidak perlu pening kepala untuk memikirkan kuih apa yang ingin dibeli, layari https://halalcookies.com.sg dan cepat buat tempahan selagi ada stok. Penghantaran percuma dengan pembelian $100 ke atas.
Tartistry by M

Mereka terkenal dengan tat mini yang comel dalam pelbagai pilihan perisa. Kehadirannya pasti akan menyerikan lagi meja makan semasa rumah terbuka. Direka dalam pelbagai pilihan perisa, antaranya hazelnut crunch, raspberry white, dark choc seasalt, bandung limau dan bermacam lagi. Buat pesanan melalui online sahaja. Layari IG: @tartistry.bym atau lelaman https://tartistrybym.com
Al Nusra Delights

Kedai sehenti yang menawarkan pelbagai keperluan termasuk kuih raya. Terdapat lebih 30 jenis kuih. Antaranya, tat nanas, makmur gajus, cardbury mountain, kuih dahlia, suji badam, makmur, kuih bangkit, Nestum roll dan banyak lagi.

Selain kuih muih, terdapat juga cemilan-cemilan lain seperti kacang kuda, cherry nut, kerepek rangup, rempeyek, ubi, tempe, kerepek pisang manis dan popiah goreng. Penghantaran percuma dengan pembelian melebihi $69. Layari www.alnusra.com.sg/nusra-delights/
Bvked

Bvked pula menawarkan biskut lembut dan rangup yang pasti akan cair di dalam mulut. Tidah hairanlah jika anda tidak boleh berhenti selepas sekali makan. Menjelang lebaran ini, Bvked menawarkan pelbagai pilihan perisa biskut yang menjadi kegemaran ramai.

Antaranya, biskut Mr Ripley, Drive Me Nuts, Alaska, Dulcey & Berry- naise dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bvkedco.com. Penghantaran percuma setiap hari Sabtu dengan pembelian melebihi $150.
Julie Bakes

Jenama yang tidak asing lagi yang terletak di kawasan Arab Street. Terkenal dengan aneka kek dan pelbagai biskut moden dan tradisional. Menjelang lebaran ini, Julie Bakes menawarkan tat nanas ($21), tat nutella ($28) dan tat onde-onde ($25) antara lain.

Jika anda seorang penggemar coklat, tidak lengkap rasanya kalau tidak mendapatkan tat dark chocolate yang menggabungkan rasa pahit manis. Kunjungi 14 Baghdad Street. Dibuka: Selasa hingga Ahad, 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam.
Rashidah’s Kitchen

Pusat sehenti yang menyediakan pelbagai biskut dan juga kek. Antaranya, kek lapis Bischoff, Original, Prune, Nutella, Cempedak dan Cardbury. Setiap kek harga dari $34 hingga $69. Anda boleh dapatkan potongan harga lima peratus dengan setiap tempahan tiga biji kek.

Selain aneka kek lapis, terdapat juga kek kukus serta pelbagai pilihan biskut seperti lidah kucing, kapit, tat, tapak kuda, coklat cip dan banyak lagi. Mudah buat tempahan melalui laman https://www.rashidahskitchen.com
The Whisking Wand

Menawarkan biskut edisi lebaran yang digemari ramai. Antaranya, biskut crunchy cereal, Callebaut chocolate chip dan dark cacao sable. Selain biskut, The Whisking Wand turut menawarkan pelbagai kek yang seperti kek lapis ais krim, kek lapis rempah, kek lapis prune dan kek kukus buah serta raspberry cream cheese loaf.

Selain itu terdapat juga hamper raya merangkumi kek dan biskut yang dibungkus rapi dan cantik, sesuai untuk dijadikan sebagai bingkisan Syawal. Layari IG: @thewhiskingwand
Readbtwnthelapis

Ini kek lapis segar dari ketuhar! Tempahan sudah dibuka untuk lebaran ini. Penghantaran dari 19 hingga 21 April. Buat pilihan segera kek lapis rempah, prune, Nutella atau krim keju. Harga dari $53 hingga $57 satu kek. Terdapat juga pilihan untuk menempah ½ potongan kek dengan harga bermula dari $27. Penghantaran percuma dengan pesanan melebihi $150. Layari IG: @readbtwnthelapis
Deli Maslina

Jenama yang juga tidak asing di pasaran, terkenal dengan kuih Melayu tradisional. Menjelang Hari Raya ini Deli Maslina turut menawarkan pelbagai pilihan biskut ‘old school’ seperti kuih makmur ($25) dan kuih semprit ($18) serta biskut M&M ($22) yang menjadi kegemaran ramai. Layari www.delimaslina.com
Spacesbydee.co

Nikmati sesuatu yang berbeza, dapatkan pilihan biskut seperti honey butter joy dan biscoff crunch dari Spacesbydee.co. kunjungi gerai di Our Tampines Hub mulai 9 April 2023. Dapatkan tawaran $2 dengan pembelian minimum dua botol kuih. Promosi hanya di gerai sahaja. Layari IG: Spacesbydee.co
Home’s Favourite

Dapatkan tawaran harga istimewa apabila anda berbelanja melalui talian. Tidak kira sama ada ingin beli kuih muih untuk santapan tetamu atau untuk dijadikan hadiah, Home Favourites menawarkan kuih ala carte dan juga hamper Raya, harga bermula dari $98.

Antaranya biskut kopi, almond, pistachio, durian dan milo dinosaur. Sempena musim perayaan ini rebutkan tawaran istimewa dengan harga bermula dari $13.80 untuk biskut durian D24. Untuk tempahan layari https://www.homesfavourite.com/product-tag/hari-raya-goodies/

Tunggu apa lagi? Tunjuk sahaja pilihan kuih yang ingin dibeli dan cepat buat pesanan sebelum terlambat!
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan