Tak ada idea nak berbuka di mana? Anda boleh cuba di 10 restoran ini
Gambar: The Malayan Council, 21 on Rajah
Manakan tidak, aneka jenis hidangan yang lazim ditawarkan pastinya memikat selera ramai.
Sempena bulan Ramadan, jamuan bufet yang ditawarkan tidak kurang hebatnya! Malah, terdapat tarikan istimewa dalam jamuan bufet yang ditawarkan khususnya sempena bulan ini, yang semestinya berbaloi untuk dipertimbangkan sebagai tempat untuk berbuka puasa.
Justeru, usah risau, jika dapur anda tidak berasap.
Berikut ini senarai restoran halal yang menawarkan harga berbaloi dan berbagai menu.
1) THE MALAYAN COUNCIL
Sukar untuk percaya jika gambar juadah ini tidak membuat anda terliur!
Di samping itu, pelbagai stesen makanan beraneka pilihan turut ditampilkan merangkumi hidangan Kambing Golek, Itik Salai Lemak Linguine serta Roti Kirai yang merupakan hidangan kegemaran ramai di restoran tersebut.
Masa: Dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.
Alamat: 3 Fullerton Road #01-01, S049215
Ruang solat disediakan.
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
2) JEN SINGAPORE TANGLIN BY SHANGRI-LA
Beriani Da Hyderabad, Nasi Dagang, Ayam Panggang Golek, Anak kambing Seekh Kebab, Udang Galah Tandoori. Ini antara hidangan yang ditawarkan restoran itu khususnya bagi jamuan bufet sempena Ramadan, yang akan berlangsung sehingga 9 April ini.
Selain juadah istimewa yang disediakan bagi bufet Ramadan itu, pelanggan turut dihidangkan dengan makanan tempatan kegemaran ramai seperti Laksa Singapura, Roti Prata dan Ayam Kari.
Yang pasti, ramai yang rambang mata.
Alamat: 1A Cuscaden Rd, Singapore 249716
Ruang solat disediakan.
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
3) TIFFANY CAFE & RESTAURANT
Jamuan bufet mewah yang menampilkan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa, khususnya bgai meraikan semangat Ramadan.
Ini yang dijanjikan kepada pelanggan yang memilih untuk menjamu selera di Tiffany Cafe & Restaurant.
Antara hidangan yang pastinya akan mencuri perhatian ramai termasuk Kambing Panggang serta Ketam Cili.
Sehingga 30 April, anda berpeluang menikmati tawaran empat orang makan, tiga orang bayar.
Alamat: 60 Eu Tong Sen Street, Singapore 059804
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
4) PERMATA SINGAPORE
Hanya bayar bagi seorang apabila dua orang makan?
Seperti tahun lalu, Permata Singapura mengadakan tawaran '1-for-1' bagi menu jamuan bufet Ramadan ini, yang semestinya membuatkan ramai sukar untuk melepaskan peluang tersebut.
Restoran yang terletak di Gedung Kuning itu, terkenal dengan jamuan bufetnya yang menggabungkan masakan Indonesia dan Melayu yang asli.
Kerabu Mangga Ikan Bunga Kantan, Ayam Percik Kelantan, Botok Botok Barramundi merupakan antara juadah yang "mesti dicuba" jika anda memilih untuk bersantap di sana.
Alamat: Gedung Kuning, 73 Sultan Gate, Singapore 198497
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
5) COPPER CHIMNEY
Ingin bufet Ramadan yang dapat menepati citarasa berbeza-beza?
Menampilkan jamuan bufet yang menggabungkan hidangan istimewa tempatan dan antarabangsa - daripada juadah India, Timur Tengah, Bohra dan Melayu kepada Cina, ia pasti dapat memikat asemua selera!
Para pelanggan boleh menikmati hidangan seperti Ayam Malai Boti, yang merupakan hidangan kegemaran Bohra, Rendang Ayam serta Ayam Masak Merah, di samping makanan jalanan seperti Sate dan Kebab.
Jamuan bufet itu ditawarkan khususnya sempena Ramadan ini, dengan kerjasama restoran Copper Chimney serta House of Thaal.
Alamat: Copper Chimney, Level 2, 100 Syed Alwi Road. Opposite Mustafa Centre Gate 2.
Ruang solat disediakan.
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
6) SUKI SUKI HOTPOT
Jika anda mengidam makanan Thai, apa kata anda cuba restoran halal Suki Suki Hotpot, yang menawarkan bufet 'All You Can Eat'.
Dengan 7 pilihan sup asas termasuk sup ayam kolagen serta Laksa Lemak Singapura dan lebih 40 bahan disajikan, anda boleh menikmati jamuan bufet itu dengan sepuasnya.
Jika anda tidak keberatan untuk berbelanja sedikit, anda boleh menikmati Bufet Hotpot Halal Premium, yang menawarkan bahan-bahan premium seperti daging lembu Wagyu, udang Harimau, ketam bunga dan banyak lagi.
Anda juga boleh nikmati diskaun 15% apabila anda menjamu selera dengan minimum 4 orang!
Sekiranya anda membawa datuk nenek anda bersama pula, diskaun sebanyak 25% akan ditawarkan kepada anda.
Alamat: Suki-Suki Hotpot @ SAFRA Toa Payoh and HomeTeamNS Khatib
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
Anda pastinya tidak akan dihampakan tatkala menjamu selera di jamuan bufet di 21 on Rajah.
Manakan tidak, aneka pilihan juadah yang ditampilkan daripada Bubur Lambuk, Salad Kerabu kepada 'Smoked sea salt lamb chops' dan 'Roasted Baby Lamb' semestinya sesuai untuk disantap bersama.
Anda berpeluang untuk menikmati bufet Ramadan itu sehingga 9 April.
Masa:
6.00 petang – 10.00 malam
Alamat: Aloft Singapore Novena, East Wing, 1 Jalan Rajah, Singapore 329133
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
8) RESTORAN ATRIUM DI HOLIDAY INN SINGAPORE ATRIUM
Ini khas buat mereka yang merindui air tangan masakan orang yang tersayang di kampung!
Restoran halal terkemuka ini menyajikan jamuan bufet bertemakan ala masakan Kampung sempena bulan Ramadan dengan penampilan serba unik lagi moden.
Antara hidangan yang disajikan termasuk sup ekor lembu, lemak siput sedut dan paru belado.
Para pelanggan juga tidak ketinggalan untuk menikmati beraneka makanan laut yang turut disediakan termasuk tiram Ireland dan kupang Australia.
Malah, pelanggan dewasa turut boleh menikmati promosi '1-for-1'.
Masa:
6.00 petang – 10.00 malam
Alamat: Atrium Restaurant at Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, Singapore 169075
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
9) RESTORAN KINTAMANI INDONESAN DI FURAMA RIVERFRONT
Mahu penuhi citarasa makanan Indonesia yang asli tapi tidak tahu di mana?
Anda boleh saja ke restoran ini, yang menawarkan menu hidangan asli Indonesia!
Menariknya, restoran itu antaranya menghidangkan set Nasi Tumpeng, yang merangkumi masakan Udang Goreng, Ayam Panggang dan Rendang Sapi, yang boleh dikongsi bersama.
Namun, anda perlu membuat pesanan tiga hari sebelum anda ke restoran tersebut.
Alamat: Kintamani Indonesian Restaurant at Furama RiverFront, 405 Havelock Road, Level 3, Singapore 169633
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini.
10) TIRAM
Restoran ini tidak asing bagi mereka yang gemar hidangan makanan laut yang dipanggang.
Sempena Ramadan ini, terdapat pilihan eksklusif 'platter' untuk dikongsi bersama yang mengandungi Ayam Percik, Rendang dan Udang Panggang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.