Tahukah anda bau badan mungkin tanda penyakit kencing manis?
Kadangkala, meskipun anda sudah berusaha untuk memastikan anda tidak mempunyai bau badan, malangnya badan anda masih berbau juga. Cuaca panas memang antara faktor yang menyebabkan anda kuat berpeluh tetapi, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan badan anda berbau.

(Lukisan: Chern Ling)
SINGAPURA: Kadangkala, meskipun anda sudah berusaha untuk memastikan anda tidak mempunyai bau badan, malangnya badan anda masih berbau juga. Ini barangkali disebabkan cuaca panas dan kehidupan kita di khatulistiwa.
Secara lazimnya, bau badan amat tidak menyenangkan dan digambarkan sebagai bau busuk, tengik atau masam.
Cuaca panas memang antara faktor yang menyebabkan anda kuat berpeluh tetapi, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan badan anda berbau.
Berikut antara faktor-faktor yang menyebabkan anda mempunyai bau badan:
1. Anda tertekan
Alat hawa dingin mungkin berfungsi seperti biasa tetapi, bahagian ketiak anda tetap lembap. Ini mungkin peluh 'beremosi'. Apabila anda berasa tertekan, badan anda mengeluarkan hormon-hormon seperti acetylcholin dan adrenalin, yang berfungsi pada kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.
2. Tidak makan dengan betul
Jarang sekali kita melihat rakyat Singapura yang kurang berzat. Namun apabila ia berlaku, terutamanya apabila kekurangan Vitamin C dalam diet, ia mungkin menyebabkan bau badan. Selain itu, sekiranya anda berbau pelik, anda mungkin kekurangan mineral seperti zink atau magnesium.
3. Badan anda kekurangan beberapa enzim
Kekurangan sesuatu enzim dalam badan, juga merupakan antara punca menyebabkan bau badan.
4. Anda mungkin menghidap kencing manis atau penyakit paru-paru
Para pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan penyakit paru-paru mungkin memburukkan lagi bau badan. Dalam kes penyakit kencing manis yang tidak terkawal, yang dikenali sebagai diabetic ketoacidosis, anggota tubuh memusnahkan asid lemak untuk mendapatkan tenaga. Ini menyebabkan jumlah kimia berasid, yang dipanggil ketone, dalam darah meningkat.
Bagi penyakit buah pinggang dan paru-paru pula, organ-organ itu membantu menghapuskan toksin-toksin daripada sistem anda. Apabila organ-organ tersebut tidak berfungsi dengan betul, toksin-toksin boleh berkumpul dalam darah dan saluran penghadaman, sekali gus menyebabkan bau badan.
5. Anda mungkin mengalami masalah tiroid
Salah satu perkara mengenai bau badan adalah, lebih banyak anda berpeluh, lebih teruk bau badan.
Sebagai contoh, penyakit 'Grave' berlaku apabila tiroid yang keterlaluan disebabkan oleh kerosakan pada sistem imun. Lazimnya, keadaan berpeluh keterlaluan berlaku pada waktu malam ketika anda sedang tidur. Maka itu penting untuk menjalani pemeriksaan bagi keadaan tersebut kerana tiroid mengawal tahap metabolisme anda, dan menentukan kadar degupan jantung serta masa tidur anda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.