Tahukah anda 8 Ogos adalah Hari Kucing Antarabangsa?
Tahukah anda bahawa hari ini (8 Ogos) adalah Hari Kucing Antarabangsa?

Gambar hiasan.
SINGAPURA: Tahukah anda bahawa hari ini (8 Ogos) adalah Hari Kucing Antarabangsa?
Sejak 2002, tarikh ini dikhaskan oleh Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW) untuk meraikan haiwan comel ini di seantero dunia.
Terdapat sekitar 500 juta kucing di seluruh dunia.
Selain sifat manja dan keterampilannya yang comel, kucing juga dipercayai boleh mempertingkatkan kesihatan mental dan membantu mengurangkan tekanan.
Maka itu, tidak hairanlah jika kucing merupakan haiwan peliharaan paling popular di dunia, menurut IFAW.
Dalam erti kata lain, hampir semua orang mengenali seseorang atau keluarga yang memelihara kucing.
Tidak kira apa jenis kucing sekalipun, marilah kita sama-sama meraikan kewujudan dan kehadiran haiwan kesayangan ramai ini sempena Hari Kucing Antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.