Tabiat makan terlalu cepat boleh jejas kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selalunya ramai tidak menyedari cara mereka makan, lebih-lebih lagi apabila perut sedang lapar. Ada kalanya makanan yang rasanya kurang enak atau tidak sedap pun boleh nampak menyelerakan dan membuat anda rasa seperti tidak sabar untuk menikmatinya.
Tidak kira apa sahaja sajian yang dinikmati, fungsi makanan bukan sahaja untuk mengisi perut yang lapar, tapi ia juga berperanan untuk memberi khasiat pada tubuh kita. Namun, ia juga boleh memudaratkan diri jika ia tidak diperlakukan dengan betul.
Apa yang tidak disedari ramai adalah cara kita makan juga dapat memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai kesan jangka panjang jika seseorang makan terlalu cepat dan ia boleh menjejas kesihatan tubuh. Contohnya, mereka boleh tercekik makanan dan tersedak.
Selain itu, terdapat pelbagai kesan jangka panjang akibat makan terlalu cepat ke atas kesihatan tubuh kita. Lantas, penting untuk memastikan anda tidak makan kelam-kabut semasa menjamu selera. Tidak kiralah apa sahaja yang sedang dinikmati, pastikan untuk kunyah makanan dengan betul sebelum menelannya.
Jika anda terdiri dalam golongan yang ‘makan cepat’, sudah tiba masanya untuk ubah tabiat buruk ini. Sebaliknya, cuba amalkan untuk luangkan masa apabila ingin menikmati sesebuah sajian. Tidak kiralah sama ada di rumah, pejabat atau santai diluar, apabila sedang menjamu selera apa juga hidangan, pastikan untuk menikmatinya secara perlahan-lahan dan elak daripada makan dengan laju tanpa mengunyah dengan betul.

Tabiat buruk ini harus diubah segera kerana ia boleh menjadi punca pelbagai kesan buruk yang berpanjangan jika ia tidak ditangani. Ia boleh menjejas kesihatan tubuh dari masa ke semasa. Sebelum terlambat dan sukar untuk menanganinya, cuba buat perubahan pada diri anda dan elak daripada tabiat suka makan kelam kabut!
4 KESAN TERBURUK
Akibat seseorang makan terlalu cepat, mereka boleh terdadah kepada pelbagai masalah kesihatan. Tidak kira sama ada anda sedang menikmati sajian bersama keluarga, teman atau bersendirian.
Lantas, penting untuk luangkan masa apabila sedang menikmati juadah dan elak untuk makan terlalu cepat dan kelam kabut.
Gangguan pencernaan
Apabila seseorang makan terlalu cepat, mereka tidak akan dapat mengunyah makanan dalam mulut sebelum menelannya. Jika tabiat ini berterusan, ia boleh menjejas sistem pencernaan yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk menghancurkan makanan di dalam usus. Menurut kajian, apabila makanan tidak dapat dicerna dengan baik, makanan akan tersisa tanpa penyerapan zat, lantas meninggalkan racun dalam tubuh dan membuat perut terasa sakit.

Obesiti
Menurut kajian, golongan yang mempunyai tabiat makan dengan laju selalunya lebih cenderung untuk tidak berasa kenyang. Lantas, ia akan membuat mereka makan lebih banyak. Lazimnya
sistem pencernaan secara semulajadi akan memberi isyarat kepada otak untuk berhenti makan.
Tapi, apabila seseorang makan terlalu cepat, isyarat ini tidak sempat untuk ke otak dan membuat seseorang rasa belum kenyang. Padahal kita sudah makan melebihi keperluan. Jika tabiat ini berterusan, tubuh akan terdedah dengan penyakit obesiti.
Gastrik
Rasa pedih ulu hati atau gastritis selalunya terjadi akibat makan terlalu cepat menyebabkan makanan sedia ada tidak dapat turun ke dalam usus. Jika terjadinya sedemikian, ia boleh menjejas makanan yang baru ditelan untuk naik ke atas lalu memberi rasa tidak selesa dan pedih pada bahagian dada.
Penyakit pedih ulu hati atau gastritis boleh terjadi bila kita makan terlalu cepat kerana makanan masuk ke dalam perut dengan kadar yang laju, menyebabkan makanan yang sedia ada tidak sempat turun ke dalam usus.
Ini juga disertakan dengan rasa senak dada, mual dan loya. Jika tidak ditangani dan berterusan, ia boleh menjejas keselesaan kerongkong. Oleh itu, penting untuk tidak makan terlalu cepat walaupun perut sedang ‘keroncong’ atau terasa lapar.
Punca penyakit
Selain obesiti, penyakit tiga serangkai seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung sering dikaitkan dengan kehadiran gula dalam darah selain gaya hidup tidak sihat, termasuk diet dan cara pemakanan seseorang.
Jika cara pemakanan tidak dikawal atau dipantau, ia boleh menyebabkan penyakit kronik yang lain. Oleh itu, penting untuk memastikan pilihan makanan dan gaya hidup yang sihat. Apabila tiba masa untuk makan, pastikan untuk relaks dan makan perlahan-lahan. Amalkan untuk bertenang dan duduk apabila menikmati apa sahaja sajian dan elak daripada makan kelam kabut.
Walaupun setiap hari kita mengejar masa kerana tugas, penting untuk luangkan masa yang secukupnya untuk rehat dan makan bila tiba waktunya. Cuba makan perlahan-lahan kerana ia dapat memberi ruang untuk pencernaan yang lebih baik pada tubuh dan kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.