Syarikat FinTech SG, Aleta, lancar kad debit Visa dengan tema Hello Kitty, Cinnamoroll dan Kuromi
Para peminat Sanrio tidak lama lagi boleh membawa Hello Kitty, Cinnamoroll dan Kuromi ke mana-mana di dalam dompet mereka dalam bentuk kad debit Visa edisi terhad.
Kad debit Visa edisi terhad yang memaparkan watak-watak Sanrio. (Gambar: Aleta dan Sanrio)
This audio is generated by an AI tool.
Syarikat teknologi kewangan (FinTech) Singapura, Aleta, bekerjasama dengan Sanrio untuk melancarkan koleksi siri kad debit yang menampilkan beberapa watak paling popular jenama Jepun itu.
Koleksi tersebut akan dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan 9,000 kad bertemakan Cinnamoroll mulai 22 Jun. Kad bertemakan Hello Kitty pula akan menyusul pada Ogos, manakala reka bentuk Kuromi akan dilancarkan pada November.
Setiap watak akan ditawarkan dalam tiga reka bentuk yang berbeza, dengan setiap kad fizikal mempunyai nombor siri uniknya yang tersendiri.
Permohonan bagi kumpulan pertama kad Cinnamoroll akan dibuka menerusi aplikasi Aleta Adventure yang tersedia di iOS atau Android pada 22 Jun.
Kad-kad itu merupakan sebahagian daripada program yang digelar 'Aleta Adventure', yang menggabungkan reka bentuk kad edisi terhad dengan ganjaran dan kegiatan promosi.
Para pemegang kad layak menyertai program ganjaran yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk baucar, barangan, peralatan elektronik dan pengalaman melancong. Hadiah utama ialah lawatan ke Sanrio Puroland, taman tema Sanrio di Jepun.
Kad-kad itu turut dilengkapi ciri-ciri berkaitan pelancongan, termasuk sokongan bagi pembayaran mudah alih di China serta akses kepada perkhidmatan seperti sambungan eSIM dan kiriman wang antarabangsa menerusi aplikasi tersebut.
Kad fizikal itu berharga S$18, manakala kad tambahan pula ditawarkan pada harga S$10 setiap satu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.