Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Swapathon 2019: Penggemar fesyen juga boleh tangani perubahan iklim

Tahukah anda industri fesyen juga menyumbang kepada pengeluaran karbon dan perubahan iklim? Sebagai satu cara menyumbang ke arah menangani isu itu, acara Swapathon 2019 diadakan buat julung kalinya termasuk sesi bertukar-tukar tudung.  

Anggaran Waktu Membaca:
Swapathon 2019: Penggemar fesyen juga boleh tangani perubahan iklim

(Gambar: Facebook/@swapaholicyou)

SINGAPURA: Tahukah anda industri fesyen juga menyumbang kepada pengeluaran karbon dan perubahan iklim?

Sebagai satu cara menyumbang ke arah menangani isu itu, acara Swapathon 2019 diadakan buat julung kalinya termasuk sesi bertukar-tukar tudung.

Swapathon 2019 diadakan Sabtu lalu (7 Sep) di Bendungan Marina demi menggalak amalan prihatin terhadap alam sekitar dan sikap kemampanan, demi menangani isu perubahan iklim.

Ini merupakan acara pertukaran barangan yang termasuklah baju, buku, kosmetik dan malah tumbuh-tumbuhan.

Dianjurkan oleh pertubuhan sosial, Swapaholic, acara itu contohnya membolehkan para pengunjung saling bertukar pakaian terpakai dengan pakaian baru atau hampir baru sesama mereka.

Acara Swapathon yang dianjurkan pada Sep 2019 (Gambar: Facebook/@swapaholicyou)

Acara Swapathon yang dianjurkan pada Sep 2019 (Gambar: Facebook/@swapaholicyou)

Malah acara itu dijadikan wadah untuk pemilik laman instagram LongnLoose menilai sambutan masyarakat terhadap usaha pertukaran tudung.

"Kita mahu mengurangkan penggunaan dan perbuatan yang berlebihan kerana sehelai pakaian sebenarnya mengandungi lebih daripada 1,800 bahan kimia yang didapati dalam proses perbuatannya yang tidak membenarkan pakaian itu terbiodegradasikan," kata Nur Fatin Khan, Ahli Terapi Kreatif Swapaholic.

"Saya rasa masyarakat Islam macam, belum lagi tangkap tabiat kehidupan atau pakaian mampan. Jadi kita nak cuba mendorong atau menggalakkan masyarakat Islam untuk memulakan tabiat ini, sebab kita macam orang lain juga, terlebih beli baju, terlebih beli tudung.Tak payah beli yang baru punya, Kita cuma kena kumpul-kumpul dan cuba berkongsi atau bertukar, sama satu sama lain," menurut Cik Nur Hadziqah Mohamed H.K, Pemilik Laman Instagram LongnLoose.

Inisiatif Swapathon itu boleh anda ikuti dengan lebih terperinci dalam rancangan DETIK 8.30 malam ini (11 Sep), yang mengupas isu perubahan iklim, kesannya dan usaha untuk menanganinya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan